Nama Kereta Dalam Iklan Terbaru Walmart

Sembang

6 Januari 2019 hari tu, pasar raya yang popular satu dunia, Walmart keluarkan iklan terbaru kat YouTube menampilkan kereta-kereta famous yang pernah muncul dalam filem dan cartoon popular! Masa artikel ni ditulis, dah 12 juta viewers untuk iklan ni. Baru beberapa hari je release. Power.

Sebab utama wujudnya iklan ni untuk mempromosikan Walmart yang nak tunjukkan orang ramai boleh order apa yang nak dibeli di Walmart secara online dan boleh datang ambil barang yang dibeli secara percuma tanpa keluar kereta. Pehh. Malas tahap gaban ni. Keluar kereta pun tak payah. Pekerja Walmart yang memasukkan barang dalam kereta.

Walmart ni pasar raya yang berasal daripada USA, beroperasi sejak tahun 1962. Bukan kat USA je ada Walmart, negara lain pun ada gak, antaranya Argentina, Mexico, Canda, UK, Africa, China, Japan dan India. Kat Malaysia takde. Berani ke Walmart nak datang Malaysia? Korang tahu kan kenapa Nobita tak berani datang Malaysia?

So, korang dah tengok ke belum iklan terbaru Walmart ni? Perasan tak ada berapa banyak kereta famous dalam iklan ni? Nah kami senaraikan satu per satu.

Batmobile

Korang mesti kenal kereta ni. Kereta yang digunakan oleh Batman untuk beraksi kejar penjahat.

Ecto-1 Ghostbusters

Ni kereta original yang digunakan dalam filem pertama Ghostbusters pada tahun 1984. 1959 Cadillac.

KITT, Knight Rider

Kereta asal ialah 1982 Pontiac Trans Am dan diubahsuai untuk digunakan dalam siri TV popular, Knight Rider.

Lightning McQueen, Cars

Kereta yang paling drama dan paling laju dalam filem animasi Cars.

Mutt Cutts Van, Dumb and Dumber

Wagon Queen Family Truckster, National Lampoon

Mystery Machine, Scooby-Doo

Ford Explorer, Jurassic Park

The Flintstones

Cinderella

Bumblebee, Transformers

DeLorean, Back To The Future

Trak Sam Walton

Kalau korang perasan, part last sekali tu kereta iconic yang digunakan oleh founder Walmart, Sam Walton. Kereta ni sekarang ni disimpan dan dipamerkan kat Muzium Walmart, Bentonville, USA.

KATALAKI: Yang tak tengok lagi, boleh cari kat YouTube. Jangan malas.

Last modified: 8 January 2019