Nama-nama Yang Kena Banned Di Dunia

Sembang, ZAP, ZeKool

Pengasas dan CEO syarikat SpaceX; Elon Musk yang juga dikenali sebagai pengasas bersama syarikat kenderaan futuristic Tesla baru-baru ini telah menghairankan satu dunia apabila beliau mengumumkan tentang kelahiran anak lelaki pertamanya bersama teman wanita; penyanyi Grimes.

Mesti korang terfikir, apa yang menghairankan sangat tu? Dia baru je selamat menyambut bayi hasil hubungan bersama girlfriend dia. Bukan, bukan itu yang menghairankan, tetapi apa yang telah membuatkan ramai netizen hairan dan merasa pelik adalah apabila Elon Musk dan Grimes mengumumkan nama yang diberikan kepada bayi lelaki tersebut.

Menurut pengasaskan syarikat SpaceX dan Tesla itu, beliau menamakan anak lelakinya itu sebagai X Æ A-12. Pada awalnya kelahiran bayi tersebut pada 5 Mei 2020, Elon telah berkongsikan bersama pengikutnya di Twitter dalam sebuah tweet yang mengatakan “Mom & baby all good”. Namun apabila seorang penguna Twitter bertanyakan tentang nama bayi tersebut, Elon dengan selamber reply “X Æ A-12”.

Apabila Elon Musk mengumumkan nama anak lelakinya sebagai X Æ A-12, ramai yang tidak percaya dan mengatakan ianya mungkin adalah salah satu prank yang biasanya dilakukan oleh Elon ataupun tweet tersebut hanyalah sebuah klu tentang nama sebenar yang Elon ingin pengikut-pengikut akaun Twitter beliau untuk teka.

Spekulasi tentang nama tersebut sebagai prank telah pun disangkal apabila Elon memberitahu tentang maksud sebenar nama anak lelakinya itu dalam sebuah podcast bersama bekas pengacara Fear Factor, Joe Rogan. Menurut Elon, nama tersebut adalah idea daripada teman wanitanya, dan maksud dan cara sebutan nama tersebut adalah “X Ash Archangel”.

Pelik bukan bila ada orang yang sanggup berikan anak mereka dengan nama yang boleh dikategorikan sebagai unik dan lain daripada yang lain. Walaupun ianya akan menimbulkan kekeliruan buat kita semua untuk menyebutnya, namun mungkin mereka juga ada sebab-sebab tertentunya untuk memberikan nama tersebut.

Jadi dalam artikel kalini, kami nak listkan juga beberapa nama-nama anak yang telah pun di banned di seluruh dunia. Nama-nama yang dibanned ini memang lagi pelik daripada nama anak Elon Musk dan ada sebab-sebab yang kukuh kenapa ianya dibanned untuk digunakan.

Elon Musk dan Grimes bukanlah selebriti antarabangsa yang memberikan nama yang unik kepada anak mereka. Sebelum ini ada juga selebriti yang pernah memberikan nama yang lain daripada yang lain seperti Chef terkenal Jamie Oliver yang menamakan anaknya River Rocket tak lupa juga nama anak Kanye West dan Kim Kardashian; North West.

Sebab-sebab kenapa nama-nama ini telah dibanned adalah kerana maksud disebalik nama itu dan kebanyakkannya disebabkan cara nama itu dituliskan. Hampir setiap negara mempunyai undang-undang yang tersendiri untuk mendaftarkan nama kepada setiap rakyat mereka. Undang-undang ini juga bertindak untuk melindungi anak tersebut daripada memiliki nama yang memalukan atau nama yang kurang sopan untuk disebut.

NAMA HURUF C

Di negara Iceland, ibu bapa diberi pilihan untuk memilih nama anak mereka menerusi sistem yang dikenali Personal Names Register yang mempunyai sebanyak 1,800 nama bagi setiap jantina. Nama-nama yang unik atau nama khas harus melalui Icelandic Naming Committee dan hanya akan diluluskan sekiranya ianya berdasarkan kemudahan nama tesebut mengikut bahasa Iceland serta huruf dalam abjad Icelandic. Dalam abjad bahasa Iceland, huruf “C” tidak wujud jadinya nama-nama yang mengandungi huruf “C” secara automatik dibanned.

FACEBOOK

Memang ramai yang suka guna aplikasi platform media sosial tapi takkan la sampai tergamak nak namakan anak sebagai Facebook?! Di Senora; Mexico, satu pasangan telah cuba untuk menamakan anak mereka sebagai Facebook dan nama tersebut telah dibantah oleh pihak berkuasa.

Menurut kenyataan rasmi, nama tersebut termasuk dalam list nama-nama yang tidak dibenarkan oleh kerajaan kerana nama-nama tersebut boleh membawa kearah kes pembulian. Selain Facebook, nama-nama seperti Yahoo, Email, Twitter, Virgin dan Sponsorship juga telah diharamkan.

PRINCE, KING DAN ROYAL

Rasanya undang-undang di negara kita sendiri juga tidak boleh mengunakan nama-nama ini, begitu juga di Amerika Syarikat dan New Zealand kerana ianya adalah haram untuk menamakan anak sebagai Prince, King atau Royal

Di New Zealand, ianya adalah haram untuk memberikan nama yang mempunyai ejaan dan sebut seperi gelaran rasmi. Nama-nama yang diharamkan ini juga termasuk seperti Saint, Princess, Empress, dan Bishop. Kalau di Perancis pula, menamakan anak sebagai Prince William merupakan satu kesalahan dan ianya amat memalukan, menurut pihak berkuasa Perancis, nama-nama seperti Prince William, Strawberry dan Mini Cooper adalah nama yang boleh memalukan individu sepanjang hayat.

TOM

Nama ini hanya ada tiga abjad je, tetapi ianya haram untuk digunakan sebagai nama rasmi di Portugal. Undang-undang di negara tersebut mengatakan ianya adalah tidak sah untuk memberikan nama yang bukan dalam bahasa Portugis untuk anak bangsa Portugis. Pada tahun 2017, pihak berkuasa telah mengeluarkan dokumen dengan 82 mukasurat yang mengandungi nama-nama yang tidak sah di negara Portugal.

HARRY POTTER / HERMIONE

Ini pula berita yang tak berapa best kalau korang peminat Harry Potter sebab di Arab Saudi dan Mexico telah pun melarang atau banned nama Harry Potter atau pun Hermione. So nama-nama yang kearah watak-watak rekaan atau superhero tidak dibenarkan sama sekali ya.

HURUF J

Perkara yang terjadi di Switzerland apabila sebuah pasangan cuba menamakan anak mereka dengan hanya huruf “J”. Namun nama tersebut tidak dibenarkan dan ianya di banned oleh pihak mahkamah Swiss yang mengatakan “J is not Okay” untuk nama seseorang.

BATMAN, IKEA, LOL

Australia telah menetapkan beberapa syarat untuk memberikan nama kepada anak. Antara syarat-syarat tersebut adalah dilarang sama sekali memberikan nama anak sebagai LOL, Batman ATAU IKEA. Selain itu, nama yag terlalu panjang juga termasuk dalam list nama-nama yang dibanned di Australia.

Beberapa negara seperti Mexico, Sweden dan Australia juga telah melarang nama-nama yang diinspirasi daripada superhero seperti Superman, Robocop, Terminator dan James Bond. Nama-nama ini boleh membawa kepada unsur pergaduhan dan memalukan pemilik nama tersebut.

BRFXXCCXXMNPCCCCLLLMMNPRXVCLMNCKSSQLBB11116

Brfxxccxxmnpcccclllmmnprxvclmnckssqlbb11116 atau nama pendek yang disebut oleh ibu bapa bayi tersebut sebagai “Albin”. Namun nama panjang ini telah dibanned dan tidak diluluskan selepas pasangan di Sweden cuba mendaftar nama tersebut untuk anak mereka.

KATALAKI: Kalau nak cool sekali pun jangan la sampai letak nama Facebook BAHAHAHAHAHA….

Last modified: 8 May 2020