Narcos: Rise of the Cartels Bakal Tiba Tahun Ini!

Game, Tech

Peminat-peminat series Narcos kali ini pasti akan bersorak gembira kerana satu permainan video terbaru yang diinspirasi daripada series ini akan menemui peminat-peminat pada tahun ini. Game yang diberi nama Narcos: Rise of the Cartels.

Permainan video ini memperlihatkan korang bukan sahaja boleh bermain sebagai geng cartels, mendominasi setiap kawasan dan expand drug empire korang tapi korang juga boleh memilih untuk mengawal pasukan DEA (Drug Enforcement Administration), menghapuskan dan menghalang geng-geng Medellin Cartel daripada terus berkuasa!

Kalau dilihat daripada corak gameplay yang ditunjukan dalam trailer ini, game Narcos: Rise of the Cartels nampaknya menggunakan traditional turn-based strategy dengan real-time combat. Narcos: Rise of the Cartels ini juga menawarkan dua campaigns yang berbeza untuk korang pilih.

Kalau korang memilih untuk bermain sebagai cartels, korang akan membentuk satu team bagi memastikan bekalan dadah korang akan berada di seluruh Colombia sambil dibantu oleh El Patron. Tapi kalau korang memilih bermain sebagai DEA, korang akan team up bersama dengan Agent Steve Murphy untuk memastikan El Patron dan cartels terus terhapus!

Setiap campaign korang akan bermain di tempat yang berbeza-beza. Dari hutan di Colombia sehinggalah di Street of Medellin sendiri. Watak-watak lain yang pernah muncul dalam Narcos juga akan muncul dalam permainan video ini seperti El Mexicano, Pena dan Primo. Mereka semua mempunyai skill mereka tersendiri dan akan sentiasa backup korang bila korang dalam masalah.

Perlu diingatkan setiap ahli kumpulan korang yang terkorban dalam game ini, ianya akan hilang terus daripada team list. Bermaksud korang perlu mencari ahli baru dan pastikan setiap rancangan korang telah dirancang secara terperinci tak lupa korang juga perlu cepat bertindak bagi memastikan taktik korang berjaya.

Buat masa ini, tiada lagi tarikh tetap bila ia akan mula dijual di konsol dan juga PC. Apa yang kita tahu setakat ini ia akan keluar di PS4, Xbox One, Switch dan juga PC pada Fall 2019. Kalau korang tak sabar nak tunggu game ini, korang boleh try download game Breaking Bad: Criminal Elements. Korang boleh baca lebih lanjut dekat SINI.

KATALAKI: Geniuses are always branded as crazy!

Last modified: 2 October 2019