Nasi Lemak Bungkus Is Too Mainstream

Sembang

Malaysia dah memang sinonim dengan Nasi Lemak. Kau pergi la travel negara mana pun. Dalam hati mesti berbisik Nasi Lemak…

Mat Salleh datang Malaysia pun confirm nak try Nasi Lemak. Tapi korang perasan tak ada banyak Nasi Lemak yang rare kat Malaysia? Scroll bawah ler apa lagi.

Nasi Lemak Cheese

Nasi Lemak yang viral baru-baru ni. Nasi Lemak Cheese. Ada yang suka, ada yang tak suka. Kembang pula tekak aku tengok. Korang dah try belum? Ni antara reaksi netizen pasal Nasi Lemak Cheese.

Nasi Lemak Lobster

Sumber Gambar : tavern.com.my

Nasi Lemak ala-ala bangsawan. Korang boleh try Nasi Lemak Lobster dengan harga anggaran bermula RM20 satu hidangan. Harga sebenar bergantung juga kepada saiz Lobster. Makan masa juga nak habiskan Nasi Lemak Lobster ni. Ye la, nak kena kopek Lobster lagi.

Sumber Gambar : SAYS

Nasi Lemak Pondan

Sumber Gambar : Twitter/Yean Asmady

Nasi lemak ni pernah mencetuskan kontroversi kerana namanya yang begitu fuhh. Biarpun dikecam teruk oleh beberapa netizen namun disebabkan Nasi Lemak hasil air tangan ibunya dan PR yang baik membuatkan owner gerai nasi lemak ni, Jojie Kamaruddin tak menang tangan. Korang boleh beli Nasi Lemak Pondan kat area Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Sambil beli tu boleh cuci mata sekali ye dok?

Sumber Gambar : SAYS

Nasi Lemak Burger

Sumber Gambar : juiceonline.com

Takde unsur nasi dalam Nasi Lemak Burger ni. Tapi kalau korang nak rasa kelainan makan burger tapi rasa Nasi Lemak, korang wajib try.

Sumber Gambar : straitstimes.com

Nasi Lemak Bumbung

Sumber Gambar : friedchillies.com

Dipanggil Nasi Lemak Bumbung sebab tempat makan kedai ni takde bumbung. Aku pun tak faham. Tapi aku dah pernah makan kat sini. Sedap, not bad. Kalau order Nasi lemak kat sini, confirm mamak tu akan letak sekali ayam goreng. Kombinasi Nasi Lemak + Ayam goreng tu pun membantu gak. Korang kena try. Waze je boleh jumpa.

Sumber Gambar : callmefeimuicai.blogspot.com

Nasi Lemak Free

Dalam banyak-banyak Nasi Lemak, Nasi Lemak member jugak yang paling best. Nak-nak kalau member bagi free Siapa tak suka Nasi Lemak Free bro! Member dah offer, kita telan je. Semoga murah rezeki member kita tu 😂

KATALAKI: Nasi Lemak Malaysia punya! #doneclaim

Last modified: 5 November 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *