Need For Speed: Underground Dalam Dunia Sebenar

Sembang

Lelaki yang sebenar mesti pernah main permainan video yang mula popular sekitar awal tahun 2000, Need for Speed: Underground. Boleh bikin kereta idaman masing-masing lepas tu berlumba kat atas jalan raya dengan kawan-kawan. Fuhh, syok weh masa ni.

Kalau korang nak tahu, kali pertama siri permainan video Need For Speed wujud kat dunia ni pada tahun 1994 yang bertajuk The Need For Speed. Berapa umur korang masa tu? Sempat tak merasa main The Need For Speed? Masa tu grafik memang old school habis. Takde la canggih macam sekarang. Kalau tak pernah tengok macam mana rupa The Need For Speed, boleh tengok video kat bawah ni.

Need For Speed: Underground merupakan siri permainan video Need For Speed yang ke-7 dan mula dipasarkan pada tahun 2003 selepas Need For Speed: Hot Pursuit 2. Bermula daripada Need For Speed: Underground lah kali pertama story mode mula diperkenalkan dalam siri permainan video Need For Speed.

Image Via : psxdatacenter.com

Memang banyak pembaharuan yang ada dalam Need For Speed: Underground selain daripada story mode, antaranya grafik yang lebih gempak, boleh bikin kereta kaw-kaw dan barang kereta yang boleh ditukar pun gunakan jenama-jenama yang popular. Termasuklah barang kereta kat bahagian enjin, rim, body kit, ekzos dan banyak lagi lah. Nasib baik steering tak boleh tukar.

Selain tu gak, racing mode terbaru turut pertama kali diperkenalkan dalam Need For Speed: Underground iaitu Drift dan Drag. Kalau main Drag, salah setting kereta atau lambat masuk gear boleh meletup enjin bro.

Pada tahun 2004, keluar lak Need For Speed yang terbaru iaitu Need For Speed: Underground 2. Kelainan yang paling ketara antara Need For Speed: Underground dan Need For Speed: Underground 2 ialah Open World mula diperkenalkan, pemain lebih bebas untuk jalan-jalan dan acah-acah dengan kereta masing di jalan raya tanpa perlu masuk dalam mana-mana racing mode.

Kalau dah tahun 2019 ni, kita nak main balik Need For Speed: Underground memang payah rasanya. Tapi kalau korang rindu nak tengok gameplay dan grafik Need For Speed: Underground dengan versi yang lebih real di dunia sebenar, korang layan jap video kat bawah ni. Power.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @chekunov_v on

Need For Speed Terbaru

Image Via : ea.com

KATALAKI: Wakil daripada Need For Speed sendiri dah bagi tahu yang game terbaru Need For Speed akan keluar tahun 2019 ni. Boek lah. Dah sangap nak main Need For Speed yang baru ni. 

Last modified: 26 June 2019