Negara-Negara Dengan Internet Paling Lembab Di Dunia

Sembang, Tech, ZAP, ZeKool


Pada zaman yang kita semua lalui sekarang ini dimana kita semua sentiasa diatas talian dan kita semua sentiasa terhubung, agak sukar dan tidak mungkin untuk kita menjauhkan diri kita daripada sebuah kewujudan yang bernama Internet atau world wide web.

Walaupun kadang-kadang memang kita tidak bergantung kepada kuasa Internet ini dua puluh empat jam, dan ada kalanya kita rasa best bila dapat menjauhkan diri buat seketika tanpa keperluan mengunakan Internet tapi untuk tidak kemungkinan besar ramai yang tidak boleh langsung menjalani kehidupan seharian tanpa mengunakan Internet pada zaman sekarang.

Daripada membuat panggilan, hantar dan menerima text tidak lengkap juga dengan update aktiviti seharian di akaun media sosial. Memang boleh dikatakan ianya adalah sebahagian daripada kehidupan sosial kita.

Tak kisah la kemana sahaja kita pergi. Kalau dulu-dulu, bila kita ke luar negara, kita tidak akan hirau langsung untuk ada apa-apa sebarang talian Internet. Tapi tidak lagi pada zaman sekarang, sebab bila dah touch down je. Dekat airport je dah terus cari kedai telco atau 7E yang berdekatan sebab nak beli line untuk pastikan kita dapat gunakan Internet.

Lagi-lagi bila kita semua dalam fasa pemulihan daripada wabak yang melanda dunia secara global, Internet adalah perkara yang sangat penting agar kita dalam menjalankan kehidupan dalam cara norma baharu. Daripada menghubungkan kita dengan kerja mahupun menghubungkan ramai pelajar untuk menyambungkan pelajaran.

Okay enough untuk saya membebel. Rasanya ramai yang sudah tahu tentang sebuah video yang tular dimana seorang gadis terpaksa memanjat diatas pokok dan stay overnight disitu oleh kerana ingin mengambil peperiksaan secara online. Namun disebabkan apa yang terjadi, pihak kerajaan telah pun mengambil inisiatif untuk membaik pulihkan connection Internet di kawasan yang terpencil agar tiada lagi yang bersusah payah. Good for that, ada hikmah dalam setiap apa yang terjadi.

Kalau nak dibandingkan connection Internet zaman sekarang dengan zaman connection yang bergantung kepada dial-up dulu memang lain lah. Jauh perbezaan tu.

Namun walaupun Internet semakin maju, masih ada lagi beberapa kawasan serta negara lain tidak lengkap dengan hubungan jalur lebar yang pantas. Harini kami nak kongsikan dekat korang antara negara-negara yang mempunyai kelajuan Internet yang lambat atau erti kasarnya LEMBAB!

MESIR

Dalam banyak-banyak negara yang mempunyai connection Internet yang slow, setiap daripada negara tersebut terdiri antara average speed kurang lebih dua Mpbs. Tapi Mesir tidak tersenarai dalam average speed tersebut dan jauh lebih rendah kalau dibandingkan dengan Internet connection di Kenya, Afrika yang mempunyai kepantasan sebanyak lima belas Mbps.

Walaupun ada je negara-negara di Asia ini yang mempunyai kadar kelajuan Internet yang rendah seperti di India atau di Bangladesh, namun negara-negara ini sentiasa dalam fasa perubahan untuk membaik pulih connection Internet mereka. Tetapi di Mesir masih lagi berada dalam keadaan pentabiran yang boleh dikatakan lemah ketika ini.

Di Mesir juga terdapat beberapa syarikat startup yang semakin mengembang sejak beberapa tahun ini dan mereka terpaksa menghadapi situasi kadar kelajuan Internet yang rendah. Komuniti startup di Mesir ini juga dapat dilihat cuba untuk bersaing dengan negara-negara jiran seperti di Arab Saudi, Turki dan Libya yang mempunyai kadar kelajuan yang jauh lebih memuaskan.

GABON

Gabon yang terletak di negara Afrika Tengah ini telah mengalami pelbagai gangguan dalam penyambungan internet selama beberapa tahun ini. Tahun lalu adalah tahun pilihan raya untuk Gabon dan hasil ketegangan yang semakin meningkat di negara ini, pemerintah mereka dikatakan cuba untuk menyekat laman web.

Dengan kadar kelajuan yang hanya bergantung pada 1.9 Mbps, jika negara ini terus dengan kecepatan Internet yang perlahan dan sambungan yang tergganggu, maka para penduduk di Gabon terpaksa menjalini hidup tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada hubungan dunia alam maya.

YEMEN

Pada tahun 2016 Yemen adalah satu-satunya negara di timur tengah yang mempunyai kadar kelajuan Internet yang paling rendah. Ianya juga adalah negara dengan kelajuan Internet paling perlahan di dunia iaitu rata-rata anggaran dalam 1.3 Mbps. Dikatakan pemerintah terdahulu negara ini telah mengabaikan keperluan untuk rakyatnya dengan beberapa kemudahan yang serba kurang untuk pentabiran negara, dan antara perkara tersebut adalah kelajuan Internet.

Dengan mengunaan barangan teknologi yang boleh dikatakan outdated yang masih digunakan oleh syarikat telekomunikasi disana sejak zaman 70an, dan barangan tersebut juga dikatakan tidak lengkap untuk keperluan data transfer sekali pun. Maka rakyat di negara ini terpaksa membayar kos yang lebih tinggi untuk mendapatkan hubungan ke alam digital. Senang cerita, Internet di negara ni adalah sesuatu yang mewah.

VENEZUELA

Dengan kelajuan pada kadar 1.6 Mbps, Venezuela tersenarai bawah sedikit daripada Yemen. Sebab rasional mengapa ia menduduki tempat yang lebih tinggi dalam senarai ini adalah kerana negara Amerika Selatan ini telah merosot dalam senarai ini selama beberapa tahun berturut-turut dengan sedikit atau tidak ada tanda-tanda peningkatan pada kelajuan Internet mereka.

Keperluan pengunaan Internet adalah a must have di negara ini namun dengan masih adanya kadar kelajuan yang perlahan maka ianya sedikit sebanyak membeban dan mengecewakan rakyat. Walaupun negara ini lengkap dengan teknologi broadband, namun page load timenya mengambil masa kira-kira 6.7 saat untuk dibuka.

KATALAKI: Bila dah baca ni, bersyukur juga lah kita yang berada di kawasan yang ada sambungan Internet yang lebih jelas gais….


Last modified: 1 July 2020