Negara Yang Bertanding Dalam Copa America 2019

Aktif, Bola

Peminat bola sepak je yang tahu betapa lega dan seronoknya bila ada kejohanan bola sepak dunia yang akan berlangsung pada tahun 2019 ni selepas tamatnya Premier League, La Liga, Serie A dan liga-liga eropah yang lain untuk musim 2018/19. Takde la termenung je sementara nak tunggu musim baru bola sepak yang akan kembali pada bulan Ogos nanti.

Untuk tahun 2019 ni, Copa America akan diadakan di Brazil dan disertai oleh 12 negara. Kalau yang belum tahu tu, Copa America ialah kejohanan bola sepak paling tua di dunia yang melibatkan negara-negara benua Amerika Selatan. Kali ni, ada dua pasukan dari Asia yang dijemput untuk sertai Copa America 2019. Kejap lagi kita tengok negara yang akan bertanding.

Bila Tarikh Copa America 2019?

Image Via : afaae.com

Copa America 2019 akan bermula pada 15 Jun sehingga 7 Julai 2019 melibatkan perlawanan peringkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan akhir. Disebabkan Copa America 2019 berlangsung di Brazil, waktu sepak mula untuk setiap perlawanan ada yang pukul 3.00 pagi, 5.30 pagi, 6.00 pagi, 7.00 pagi dan 8.30 pagi, Kita sarapan nanti sambil layan Copa America 2019 la nampaknya.

Peringkat Kumpulan ( 15 Jun – 25 Jun )
Suku Akhir ( 28 Jun – 30 Jun )
Separuh Akhir ( 3 Julai & 4 Julai )
Akhir ( 7 Julai )

Negara Mana Yang Terlibat?

Ada 12 negara yang akan terlibat dalam Copa America 2019 kali ni. 10 negara dari benua Amerika Selatan dan 2 negara yang dijemput dari benua Asia.

Image Via: goal.com

Untuk info, Qatar merupakan negara Arab pertama yang bertanding dalam kejohanan Copa America dan Jepun dah pernah bertanding sebanyak dua kali. Kali pertama pada tahun 1999 di Paraguay.

Kat Mana Boleh Tengok Copa America 2019?

Selain daripada korang boleh tengok sendiri depan mata kat Brazil dan siaran TV berbayar, baru-baru ni, RTM dah umumkan yang rakyat Malaysia boleh layan Copa America 2019 dengan seronok kat siaran TV1, TV2 dan RTM HD SPORTS. Selamat menonton la geng!

Image Via : bharian.com.my

KATALAKI: Copa America 2016 sebelum ni Chile berjaya jadi juara. Lionel Messi belum pernah lagi menang Copa America.

Last modified: 27 May 2019