Negara Yang Pertama Kali Layak EURO 2020

Aktif, Bola

Tahun 2020 dah semakin dekat, maknanya kita sebagai peminat bola sepak dah boleh bersiap sedia untuk berjaga tengah malam untuk saksikan perlawanan UEFA EURO 2020 yang akan berlangsung pada 12 Jun 2020 sehingga 12 Julai 2020. EURO 2020 kali ni akan berlangsung di beberapa negara Eropah antaranya Itali, England, Jerman, Belanda, Rusia dan Denmark.

Setakat hari ni, 20 pasukan dah pun layak untuk bertanding di EURO 2020 selepas mengharungi beberapa perlawanan kelayakan. Ini antara pasukan yang dah layak secara rasmi.

Sebanyak 24 pasukan yang akan bertanding di EURO 2020, ada 4 lagi slot kosong untuk pasukan yang bakal berdepan perlawanan Play-Off sebelum secara rasmi layak ke EURO 2020.

Dalam perlawanan kelayakan EURO 2020 yang dah pun selesai hari tu, hanya ada 2 pasukan yang berjaya kekalkan rekod tanpa kalah dan menang semua perlawanan iaitu Belgium dan Itali. Mungkin Belgium dan Itali merupakan calon juara EURO 2020 nanti? Untuk info, Itali pernah menang EURO sekali pada tahun 1968 dan Belgium tak pernah lagi menang piala EURO.

Negara yang akan buat kemunculan pertama di kejohanan UEFA EURO 2020 nanti adalah Finland selepas berjaya mengharungi perlawanan kelayakan dengan 6 kemenangan dan 4 kekalahan dalam 10 perlawanan. Boleh la kita tengok Teemu Pukki beraksi kat EURO 2020 nanti. Teemu Pukki sekarang ni merupakan penjaring gol ke-3 terbanyak dalam sejarah pasukan bola sepak Finland. Rekod penjaring gol terbanyak untuk pasukan Finland buat masa ni masih lagi dipegang olehΒ Jari Litmanen yang pernah beraksi bersama Ajax, Barcelona dan Liverpool dengan jumlah jaringan sebanyak 32 gol. Boleh kot Teemu Pukki catat rekod baru. Setakat hari ni, Teemu Pukki dah jaringkan 25 gol untuk Finland.

Undian untuk menentukan sama ada setiap pasukan akan berada dalam kumpulan maut atau pun tak di EURO 2020 nanti, akan berlangsung pada 30 November 2019 di Romania. Sebanyak 24 pasukan akan diundi untuk membentuk 6 kumpulan, ada 4 pasukan dalam setiap kumpulan.

Kalau korang boleh ingat lagi, EURO 2016 berjaya dimenangi oleh pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo cedera dalam perlawanan akhir dan bergabung tenaga dengan pengurus pasukan Portugal di tepi padang.

Jerman dan Sepanyol merupakan pasukan paling berjaya dalam kejohanan UEFA EURO selepas berjaya menang sebanyak 3 kali. Kali terakhir Jerman berjaya menjulang piala EURO adalah pada tahun 1996 dan Sepanyol pada tahun 2012. England tak pernah lagi menang EURO.

KATALAKI: Kalau korang nak tengok berapa harga tiket EURO 2019, boleh tengok kat sini.

Last modified: 26 November 2019