Antoine Griezmann Dikatakan Legend

Aktif, Bola

Baru-baru ni, masa birthday Antoine Griezmann, 21 Mac, Netflix keluarkan satu dokumentari mengenai perjalanan bola sepak Griezman dari zaman kanak-kanak sampai berjaya menang Piala Dunia FIFA 2018. Korang dah tengok ke belum? Ramai gak yang bising, kenapa tiba-tiba je Griezmann digelar legend?

Permulaan dokumentari ni, menceritakan pasal Griezmann masa mula-mula terjebak dengan bola sepak, zaman kanak-kanak, masa Griezmann bersusah-payah untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Bapa Griezmann pun bekas pemain bola.

Dalam dokumentari ni, boleh nampak macam mana susahnya bapa Griezmann yang berusaha untuk cari team yang nak Griezmann bermain secara profesional. Griezmann selalu diketepikan sebab saiz badannya yang kecil dan selalu jatuh kalau ada player yang lebih besar cuba rebut bola.

Pasukan pertama yang nampak bakat Griezmann ialah Real Sociedad. Dalam dokumentari ni gak, korang akan nampak kenapa dan macam mana Griezmann dengan bapa dia 50/50 nak terima tawaran Real Sociedad. Padahal dah lama tunggu tawaran daripada pasukan-pasukan lain, bila dah dapat, boleh lak 50/50.

Sambil korang layan macam mana Griezmann dari kanak-kanak sampai jadi pemain profesional, dokumentari ni diselang-selikan dengan keadaan dan perjalanan Griezmann bersama pasukan Perancis masa Piala Dunia FIFA 2018 kat Rusia.

Masa dengan pasukan Perancis banyak gak drama Griezmann. Pernah digantung oleh pasukan Perancis disebabkan sesuatu, korang kena tengok dalam dokumentari ni apa sebabnya. Kang spoiler sangat la pulak.

Masa bersama dengan Atletico Madrid, Griezmann juga pernah dikutuk dan kena boo oleh penyokong pasukan Atletico Madrid disebabkan ada terima tawaran daripada Barcelona walaupun dah buat keputusan untuk stay kat Atletico Madrid. Siap nangis dalam padang. Banyak kali betul Griezmann menangis dalam dokumentari ni. Opss terbagi spoiler.

Griezmann pernah gagal dalam dua kejohanan antarabangsa untuk pasukan Perancis antaranya Piala Dunia 2014 dan EURO 2016 sampai penyokong Perancis pun dah fed up dengan pasukan Perancis masa tu. Tahun 2018, Griezzman dan pasukan Perancis berjaya hadiahkan piala bermakna untuk penyokong Perancis, Piala Dunia FIFA 2018.

KATALAKI: Lepas tengok dokumentari ni, korang rasa Griezmann akan pindah team lain chow dari Atletico Madrid ke tak?

Last modified: 28 March 2019