Neymar VS Beckham, Siapa Paling Bergaya?

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Kalau nak dibandingkan antara David Beckham dan Neymar, masing-masing mempunyai cara permainan bola sepak yang tersendiri. David Beckham lahir dengan bakat bola sepak yang biasa. Tapi disebabkan David Beckham gigih berlatih untuk menjadi pemain bola sepak profesional, hasilnya David Beckham merupakan pemain yang mempunyai kelebihan menerusi hantaran jauh dan sepakan percuma yang tepat.

Berbeza dengan Neymar yang dibesarkan dengan cara bola sepak Brazil, corak permainan umpana menari di dalam padang. Neymar mempunyai kelebihan menerusi kelincahan di dalam padang, berani untuk menunjukkan macam-macam skill dan tajam di depan gol.

 

View this post on Instagram

 

@patta_nl x @jumpman23

A post shared by ene10ta Γ‰rre πŸ‡§πŸ‡· πŸ‘» neymarjr (@neymarjr) on

Kalau nak dibandingkan daripada segi pencapaian di atas padang, David Beckham pernah menang 21 piala sepanjang karier bola sepak bersama Manchester United, Real Madrid, Paris Saint-Germain dan LA Galaxy termasuk piala UEFA Champions League bersama Manchester United pada tahun 1999. David Beckham tak pernah merasa pegang sebarang piala bersama pasukan kebangsaan England.

Neymar setakat ni dah pernah menang 21 piala bersama Santos FC, Barcelona, Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Brazil. 21 piala tersebut termasuk piala UEFA Champions League bersama Barcelona pada tahun 2015 dan 3 piala bersama Brazil.

Tapi salah satu persamaan yang ada antara David Beckham dan Neymar adalah dorang mempunyai nilai komersial yang tinggi di zaman kemuncak masing-masing. Maknanya David Beckham dan Neymar bukan je mampu beraksi dengan cemerlang kat atas padang, dorang juga bernilai di luar padang bola sepak.

Yang terbaru, David Beckham dan Neymar dipertemukan dalam satu temu bual, berborak mengenai persepsi masing-masing depan mata. David Beckham cerita pasal Neymar dan Neymar cerita pasal David Beckham, bertentang mata. Walaupun David Beckham dan Neymar berborak menggunakan dua bahasa yang berbeza, tapi masing-masing nampak terharu dan excited bila dipertemukan dalam satu sesi temubual yang sama. Part last sekali tu yang peminat bola sepak paling excited tunggu kalau satu hari nanti betul-betul terjadi.

KATALAKI: Followers Neymar kat Instagram lagi ramai daripada David Beckham.

Last modified: 18 February 2020