Ni Sebabnya Ramai Yang Hilang Followers

Sembang

Semalam, 13 Februari 2019, satu dunia kecoh sebab ramai pengguna Instagram yang hilang followers macam hilang anak. Apa punca sebenarnya sampai boleh hilang followers? Hello polis? Selebriti-selebriti digital ternama antara yang tercalit juga pasal hilang followers ni termasuk la @9gag. Instagram @9gag hilang followers sebanyak 1 juta lebih.

Ada yang kata punca followers hilang ni sebab Instagram tengah buat operasi menghapuskan akaun Instagram yang fake dan tak aktif. Instagram sendiri ada tweet pasal hilang followers ni. Tapi Instagram takde cakap pun yang dorang tengah bersihkan akaun fake dan tak aktif. Katanya ada isu. Hmmmm.

Korang dah check belum berapa banyak followers yang hilang? Tapi takpe. Korang jangan cemas kalau fake followers korang hilang. Instagram dah bagi tahu yang isu ni akan diselesaikan secepat mungkin.

Kami check balik akaun Instagram @9gag pun, dah naik balik dah 1 juta lebih followers @9gag yang hilang tu. So, korang boleh chill jap. Nanti ada balik followers korang yang banyak tu.

Ni baru hilang followers orang dah cemas. Bayangkan satu hari nanti Instagram tiba-tiba dah tak wujud lagi dah. Apa perasaan korang? Boleh hidup lagi tak kalau Instagram dah tak wujud kat dunia ni?

KATALAKI: Siapa tak pernah ada lagi akaun Instagram memang power.

Last modified: 14 February 2019