Night Witches – Juruterbang Wanita Yang Berjaya Buat Nazi Ketakutan!

Sembang, ZAP, ZeKool

Pada perang dunia kedua dahulu, kapal-kapal terbang perang tidak mempunyai teknologi seperti kapal perang sekarang namun itu tidak membuatkan beberapa askar wanita yang dikenali sebagai Night Witches. Mereka merupakan battalion Night Bomber untuk Soviet Air Force. Walaupun mereka tidak mempunyai radar, machine guns, radio dan juga payung terjun namun itu tidak menghalang mereka daripada membuatkan askar-askar Nazi ketakutan apabila melihat kapal terbang mereka mula dekat dengan pangkalan mereka.

Mereka dikatakan telah berjaya melakukan lebih daripada 30,000 pengeboman dan membantu membekalkan lebih daripada 23,000 peluru untuk askar-askar yang menentang Nazi. Night Witches telah ditubuhkan apabila ramai wanita-wanita Soviet Union ingin membantu dan berjuang menentang Nazi dalam perang dunia kedua.

Antara anggota Night Witches yang paling dikenali adalah Colonel Marina Raskoza, seorang juruterbang yang juga dikenali sebagai Soviet Amelia Earhart. Pada mulanya Marina telah menerima banyak surat daripada wanita-wanita Soviet Union untuk bersama-sama dengannya menentang Nazi. Dia kemudiannya telah berjumpa dengan Joseph Stalin untuk membuat satu battalion juruterbang wanita bagi sama-sama membantu tentera Soviet Union.

Pada Oktober 1941, Joseph Stalin telah bersetuju dengan rancangan Marina dan telah mengambil 3 orang wanita pertama untuk masuk ke Night Witches dibawah arahan Colonel Marina Raskoza. Pada 1942, Marina telah memanggil semua wanita Soviet Union yang berminat untuk menyertai mereka untuk datang ke Engels bagi proses pemilihan. Seramai 400 orang wanita dari umur 17 sehingga 26 tahun telah dipilih.

Disebabkan sebelum ini tidak pernah ada askar wanita di Soviet Union, mereka terpaksa memakai baju-baju uniform milik tentera lelaki. Kebanyakkan baju yang mereka terima adalah terlalu besar untuk mereka dan mereka terpaksa memotong baju dan seluar uniform tersebut. Bukan itu sahaja, kapal terbang yang diberikan kepada mereka juga bukanlah kapal perang yang biasa digunakan oleh askar-askar lain.

Mereka telah diberikan kapal terbang jenis Polikarpov Po-2, sebuah kapal terbang yang mempunyai dua tempat duduk dan diperbuat dari plywood. Kapal terbang ini langsung tidak memberikan apa-apa perlindungan kepada mereka dan disebabkan cuaca yang sejuk pada waktu malam, mereka terpaksa menahan kesejukan apabila menerbangkan kapal terbang ini.

Disebabkan kapal terbang ini kecil, mereka cuma boleh membawa dua bom sahaja dalam satu-satu masa. Mereka terpaksa berpatah balik ke kem mereka untuk mengambil bom dan pergi semula ke kem lawan untuk melakukan serangan. Selalunya mereka akan 8 misi setiap malam.

Bagi Nadezhda Popova, salah seorang komando untuk battalion Night Witches ini tidak mendatangkan masalah kepadanya kerana dia sendiri pernah melakukan 18 misi serangan dalam satu malam. Secara totalnya dia telah melakukan lebih 852 misi serangan semasa di dalam battalion Night Witches.

Walaupun kapal terbang mereka boleh dikatakan tidak sehebat kapal terbang lain, tapi kebolehan mereka memandu kapal terbang ini sangat digeruni oleh pihak Nazi. Kapal terbang mereka juga sangat sukar untuk dikesan oleh radar tentera lawan. Apabila mereka sudah berdekatan dengan target, mereka akan mematikan enjin pesawat mereka dan meluncur ke kem enemy sebelum mereka menjatuhkan bom ke kem tentera Nazi.

Dengan kebolehan gliding mereka, ia telah mengingatkan tentera Nazi dengan ahli-ahli sihir wanita yang menunggang penyapu ajaib mereka. Disebabkan itulah mereka telah diberikan gelaran Night Witches. Tentera Nazi sendiri takut untuk menyalakan api dan rokok pada waktu malam kerana takut Night Witches dapat tahu dimana lokasi mereka.

Disebabkan terlalu takut, pihak tentera Nazi telah memberitahu kepada semua askar-askarnya yang mana sesiapa dapat menembak jatuh kapal terbang yang dipandu oleh Night Witches, mereka akan dianugerahkan pingat Iron Cross tapi disebabkan kecekapan Night Witches memandu kapal terbang mereka dalam gelap, amat sukar untuk askar Nazi menembak kapal terbang mereka. Selepas perang dunia kedua berakhir, 23 juruterbang termasuk Nadezhda Popova telah diberikan pingat Hero of the Soviet Union!

KATALAKI: Sebuah movie telah mengambil inspirasi kisah perjuangan juruterbang wanita ini. Movie tersebut diberi nama In Flight are the Night Witches!

Last modified: 29 January 2020