Nike Demam Stranger Things!

Sembang

Boleh dikatakan dalam banyak-banyak siri original yang dikeluarkan oleh Netflix, siri fiksyen Stranger Things antara siri yang terbaik dan diminati ramai penonton tegar syarikat online video stream tersebut.

Dengan demam untuk musim terbaharu siri Stranger Things yang akan memasuki season ke-3 pada 4 July 2019, bersamaan dengan hari kemerdekaan rakyat Amerika Syarikat. Nike juga tidak terlepas untuk mengeluarkan rangkaian kasut dan pakaian hasil kolaborasi Nike bersama siri Stranger Things.

Nike juga antara jenama yang tidak asing lagi terutama sekali apabila munculnya kolaborasi bersama dengan siri pop culture diminati ramai seperti Stranger Things. Untuk menyambut kehadiran season ke-3 Stranger Things. Nike mengeluarkan pelbagai jenis kasut dan pakaian yang sesuai mengikut tema era 80an seperti siri Stranger Things.

Mengambil tempat di sebuah bandar fiksyen bernama Hawkins, Indiana, dengan setting zaman tahun 80an, Koleksi kolaboratif Nike x Stranger Things ini mempertunjukkan tiga jenis siluet trademark Swoosh Nike yang paling disukai antaranya seperti Cortez, Blazer, dan Tailwind. Sama seperti era tahun 80an, kasut-kasut sukan merupakan antara gaya pilihan pada zaman itu dan ketiga-tiga gaya Nike ini membantu seperti memberi nafas baru buat tema Stranger Things.

Bukan saja siri kasut terbaharu Nike bertemakan Stranger Things. Nike juga turut mengeluarkan pakaian seperti T-Shirt, Hoodie dan Sweat shirts dengan design “Hawkins High School”. Ini adalah antara pakaian yang korang kena ada kalau nak rasa cool seperti salah seorang student di bandar Hawkins okay!

Menepati tema dengan warna hijau, oren, putih, merah, dan biru serta lambang maskot harimau. Koleksi Nike x Stranger Things ini adalah amat sesuai untuk para peminat siri Stranger Things. Tentunya koleksi terbaharu ni boleh dikatakan bring back nostalgia lah untuk ibu dan ayah korang kalau diorang tengok korang pakai Nike x Stranger Things ni.

Untuk makluman, tiada lagi informasi jika koleksi ini akan di pasarkan di kedai-kedai rasmi di Malaysia.

KATALAKI: Kalau GF korang peminat tegar Stranger Things. Apa lagiiii, beli lah untuk si dia tu brossss. Confirm lagi 10 tahun naik harga ni….

Last modified: 11 September 2019