Nilai Disney Dollars Lagi Tinggi Daripada US Dollar

Sembang, ZAP, ZeKool

Disney Dollars merupakan sejenis mata wang yang dikeluarkan oleh The Walt Disney Company atau lebih dikenali sebagai Disney pada tahun 1987 untuk kegunaan pengunjung-pengunjung taman tema yang dimiliki oleh Disney, terletak di Florida dan California. Maknanya, semua tempat tumpuan pengunjung yang ada kena-mengena dengan Disney antaranya Walt Disney World, Disneyland California, Disney Stores, Disney Cruise dan Castaway Cay, menggunakan mata wang Disney Dollars untuk memudahkan pengunjung membeli barang dan membayar servis yang ditawarkan di semua taman tema Disney. Tapi, Disney Dollars tidak sah digunakan luar dari kawasan taman tema yang dimiliki oleh Disney.

Untuk menjadikan Disney Dollars sejenis mata wang yang penuh dengan ciri-ciri keselamatan, Disney Dollars dicipta menggunakan beberapa kaedah dan teknik antaranya microprinting, imprinting, reflective ink dan nombor siri yang unik untuk mengelakkan mata wang Disney Dollars dijadikan wang palsu. Pada awalnya, hanya mata wang Disney Dollars bernilai $1 dan $5 sahaja yang dikeluarkan oleh Disney. Pada tahun 1990, mata wang Disney Dollars bernilai $10 mula diperkenalkan dan seterusnya $50 pada tahun 2005.

Selepas bertahun-tahun mata wang Disney Dollars digunakan dengan jayanya, pada tahun 2016, akhirnya Disney terpaksa menghentikan segala pengeluaran dan pencetakan mata wang baru Disney Dollars disebabkan kebangkitan budaya baru yang diamalkan oleh manusia seluruh dunia iaitu transaksi pembelian secara tanpa tunai. Dalam masa yang sama, Disney juga mula mempraktikkan cara terbaru untuk pengunjung-pengunjung taman tema Disney melakukan sebarang transaksi pembelian dengan memperkenalkan penggunaan Disney Gift Card.

Sehingga kini, Disney masih lagi membenarkan pengunjung-pengunjung yang masih memiliki mata wang Disney Dollars untuk melakukan sebarang urusan pembelian atau menukarkan kepada wang tunai US Dollar di semua taman tema Disney walaupun takkan ada lagi pencetakan baru mata wang Disney Dollars. Disebabkan Disney tidak lagi mengeluarkan mata wang Disney Dollars yang terbaru, mata wang Disney Dollars sekarang ni merupakan salah satu barang paling unik di dunia dan menyebabkan kebanyakkan pemilik-pemilik mata wang Disney Dollars lebih cenderung untuk menyimpan daripada menggunakan atau menukarkan kepada wang tunai US Dollar di taman tema Disney. Semakin susah nak jumpa mata wang Disney Dollars, semakin tinggi lah nilai mata wang Disney Dollars sekarang ni sehingga jauh lebih bernilai daripada mata wang US Dollar. Lagi lama usia mata wang Disney Dollars tersebut, semakin tinggi lah nilainya. Menurut hasil carian kami mengenai Disney Dollars di laman web eBay, sekeping mata wang Disney Dollars bernilai $10 yang dikeluarkan pada tahun 2001 boleh mencecah harga sehingga RM200.

KATALAKI: Kalau dulu keluarga korang pernah taksub dengan barangan Disney, boleh lah korang try cari mana tahu boleh jumpa kepingan mata wang Disney Dollar yang tersorok dalam stor.

Last modified: 20 July 2020