Ninja Terakhir Di Dunia!

Sembang

Masa kita kecil dulu, mesti kita ada menyimpan impian nak jadi seorang Ninja betul tak? Tak payah cakap masa kecillah, sekarang kalau kita tengok movie yang ada Ninja dalam movie pun, mesti kita berangan kita boleh jadi macam Ninja itu juga!

Tapi korang tahu tak sebenarnya sekarang ini, cuma ada seorang Ninja sahaja yang masih wujud di dunia? Hari ini kita akan mengenali Jinichi Kawakami, Ninja terakhir yang masih hidup di dunia yang serba moden sekarang ini.

Jinichi Kawakami merupakan seorang bekas jurutera yang kini berusia 70 tahun. Daripada segi luaran, mungkin Jinichi ini nampak seperti orang Jepun yang biasa tapi sebenarnya Jinichi merupakan pemimpin ke-21 Koga Ban Family.

Terdapat 53 keluarga besar dalam Koga dan Ban merupakan salah satunya. Dia juga merupakan pengetua dalam Banke Shinobinoden, sebuah sekolah Ninjutsu moden yang mengajar tentang seni mempertahankan diri dan sejarah tentang Ninja.

Walaupun Jinichi nampak seperti sudah berusia, namun gerakan yang ditunjukannya masih lagi seperti Ninja yang muda. Semua ini adalah hasil latihan sejak dia berusia enam tahun. Jinichi juga mampu untuk mendengar bunyi jarum yang jatuh daripada bilik sebelah. Ini menunjukkan Jinichi mempunyai daya pendengaran yang sangat bagus.

Dia juga masih mampu untuk melompat dari tempat yang tinggi, memanjat dinding dan juga mampu menghasilkan campuran bahan kimia untuk membuat bom asap yang biasa kita tengok Ninja gunakan. Dengan kemahiran seperti ini, tidak hairanlah apabila pada usia 19 tahun, Jinichi sudahpun bergelar Master.

Walaupun Jinichi merupakan Ninja yang terakhir yang ada di dunia sekarang, dia enggan untuk menurunkan ilmunya kepada orang lain. Dia beranggapan Ninja sudah tidak lagi diperlukan pada zaman sekarang berbanding ketika zaman kuno Jepun dahulu.

Dia menyatakan yang dia mahu ilmu Ninja ini mati bersamanya satu hari nanti. Walaupun dia memutuskan untuk tidak mengajar ilmu Ninja yang ada pada dirinya pada sesiapa, dia masih meneruskan kehidupannya sebagai seorang Ninja.

Bahkan dia juga turut membuka sebuah museum Ninja yang terletak di Iga, Tokyo bagi memastikan generasi yang akan datang masih boleh mengenali apa itu Ninja dan sejarah mereka walaupun dia sudah tiada satu hari nanti.

Satu perkara yang Jinichi tekankan adalah ramai orang mempunyai tanggapan yang salah tentang apa itu Ninja. Ninja bukanlah seorang pembunuh yang kejam yang selalu kita nampak dalam filem sekarang. Ninja sebenarnya lebih mementingkan ilmu perisik dan sebolehnya akan mengelakkan pertempuran. Ninja yang hanya mementingkan pertempuran bukanlah seorang Ninja yang sebenar.

KATALAKI: Ada satu bandar dekat Jepun tengah cari orang untuk bekerja sebagai Ninja!

Last modified: 30 October 2019