Nintendo Umumkan Nintendo Switch Lite – Switch Versi Murah?

Game, Tech

Minggu ini pihak Nintendo telah mengeluarkan satu video untuk mengumumkan satu console terbaru mereka untuk siri Switch. Console yang diberi nama Nintendo Switch Lite ini dikatakan merupakan versi Nintendo Switch yang jauh lebih murah tapi adakah ianya mempunyai spec yang sama bagus seperti Nintendo Switch?

Walaupun spec yang lebih terperinci masih belum dikeluarkan, daripada segi design nampaknya Nintendo Switch Lite ini mempunyai screen display yang lebih kecil daripada Nintendo Switch iaitu hanya sebesar 5.5 inci sahaja berbanding dengan Nintendo Switch yang mempunyai screen sebesar 6.2 Inci.

Selain itu, Nintendo Switch Lite adalah 100% handheld console dan tidak mempunyai dock untuk disambungkan kepada peti televisyen seperti Nintendo Switch. Console Nintendo Switch Lite ini juga dikatakan masih dihadirkan dengan paparan resolusi 720p seperti Nintendo Switch.

Selain itu, Aksiz ada melaporkan yang battery untuk Nintendo Switch Lite mungkin lebih besar dan boleh digunakan lebih lama berbanding dengan Nintendo Switch sebelum ini. Mungkin sebab itu Nintendo Switch Lite ini tidak memasukan fungsi sambungan kepada televisyen.

Nintendo Switch Lite juga dilihat tidak mempunyai controller joycon yang boleh dipisahkan seperti Nintendo Switch tapi ia masih disambung dengan controller asing melalui sambungan bluetooth. Kalau betul laporan ini maksudnya pemain masih boleh bermain permainan video seperti 1-2 Switch dan Pokemon Let’s Go pada peranti ini.

Kemungkinan besar gamegame daripada Nintendo Switch boleh dimainkan pada Nintendo Switch Lite ini dan jika permainan tersebut tidak boleh dimainkan pada console ini, akan ada satu tanda yang akan diletakkan pada kotak permainan video tersebut. Nampaknya kena tunggu dulu sama ada gamegame yang pernah dikeluarkan untuk Nintendo Switch sebelum ini boleh atau tak dimainkan pada Nintendo Switch Lite ini.

Menurut Yoshioki Koizumi, Penerbit Besar Nintendo Switch, Nintendo Switch Lite ini akan mula dijual pada pasaran global pada 20 September 2019 dengan harga USD199. Tapi menurut salah seorang penulis Aksiz, Najmi mengatakan yang untuk pasaran Malaysia, harga mungkin akan berbeza dan lebih mahal daripada harga yang ditetapkan.

Harga untuk pasaran Malaysia kemungkinan akan berada pada harga RM1099 sehingga RM1200 dan akan dijual bersama dengan beberapa permainan video seperti mana yang pernah dilakukan pada Nintendo Switch yang mana dijual pada harga RM2,000+ pada awal penjualannya sebelum ini. Paling murah mungkin pada harga RM999.

Selain itu, Nintendo juga dikatakan akan mengeluarkan satu versi khas untuk Nintendo Switch Lite iaitu versi Pokemon Sword and Shield so kalau kalau korang peminat permainan video Pokemon, bolehlah save duit sikit lagi untuk beli Nintendo Switch Lite versi khas ini.

KATALAKI: Apa komen korang? Adakah korang akan beli Nintendo Switch Lite ataupun tunggu Nintendo keluarkan Nintendo Switch Pro?

Last modified: 11 July 2019