Nissan Hasilkan Selipar Boleh Parking?

Gadget, Tech, ZeKool

Aku tahu ramai yang bila buka selipar, mesti akan biarkan saja selipar dorang bersepah dekat depan pintu. Berapa orang sajalah yang akan susun selipar dorang sendiri, betul tak? Mungkin disebabkan itu, Nissan telah menghasilkan sebuah sepasang selipar yang boleh “Parking” dan tersusun secara automatik!

Image Via: Image Via: http://www.nissan.co.jp

Ciptaan ini sebenarnya merupakan satu kalobirasi antara Nissan dan juga sebuah hotel di Jepun. Hotel yang diberi nama ProPilot Park Ryokan Inn menggunakan teknologi ProPilot Park yang dicipta oleh Nissan dan dipasangkan pada selipar ini. Selipar ini mempunyai dua roda kecil, motor dan juga sensor bagi memastikan selipar ini akan parking pada tempat sepatutnya dengan hanya menekan satu butang sahaja.

Image Via: Image Via: http://www.nissan.co.jp

Menurut Daily Mail,  selipar ini berfungsi dengan menggunakan empat kamera high resolution yang mana boleh memproses imej in real time dan juga mempunyai 12 sensor sonar yang diletakkan pada sekeliling selipar ini. Sensor ini akan menilai keadaan sekeliling bagi memastikan dia parking pada tempat yang betul.

Teknologi ini pada mula telah diletakkan pada kereta Nissan jenis Leaf. Kereta Leaf merupakan kereta elektrik dan ia telah menggunakan teknologi ProPilot Park bagi memastikan kereta ini boleh parking sendiri tanpa perlu dipandu oleh manusia. Maknanya walaupun tiada pemandu dalam kereta, Teknologi ini tetap boleh digunakan dengan hanya menekan butang yang disediakan.

Teknologi ini berbeza dengan teknologi yang digunakan oleh Tesla Model S yang mana hanya mempunyai feature untuk memandu sendiri. Andaikata pemandu melepaskan butang, kenderaan yang mempunyai teknologi ProPilot Park ini akan berhenti serta-merta. Dengan teknologi ini, ProPilot Park akan mengawal input pemecut, brek serta mengawal stereng kenderaan ini apabila ia sedang parking. Ini memudahkan pemandu untuk meletakkan kereta mereka pada kawasan parking yang sempit.

Berbalik kepada selipar tadi, teknologi ini telah memudahkan dan mengurangkan beban kepada kaki tangan pekerja hotel ProPilot Park Ryokan Inn sambil dalam masa yang sama ia turut mempromosikan teknologi kenderaan pandu sendiri yang dicipta oleh pihak Nissan. Selain daripada selipar, meja dan juga kusyen lantai yang terdapat pada hotel ini juga boleh parking dan tersusun pada tempat asalnya apabila ia selesai digunakan.

Nick Maxfield, jurucakap bagi pihak Nissan menyatakan yang selipar boleh parking dan susun sendiri ini dihasilkan bagi meningkatkan kesedaraan tentang teknologi automatic driving dan juga potensi tentang teknologi ini kepada orang ramai. Sebelum ini, pihak Nissan juga telah mencipta kerusi pejabat yang boleh tersusun sendiri pada tahun tahun 2016. Dengan teknologi yang hebat ini, pihak Nissan menyasarkan yang mereka mampu mengeluarkan kereta dengan feature automatic driving pada tahun akan datang.

Bagi korang yang nak merasa sendiri pengalaman menyaksikan selipar teknologi ProPilot Park pada selipar ini, korang bolehlah rancang percutian korang ke ProPilot Park Ryokan Inn yang mana terletak di Hokane, Jepun. Bolehlah nanti korang listkan tempat ini sebagai salah satu tempat menarik untuk korang lawati apabila bercuti di Jepun nanti!

KATALAKI: Korang rasa apa lagi benda yang patut ada teknologi automatic parking ni?

Last modified: 3 January 2020