Nokia Bawa Masuk Smartphone Terbaru Ke Malaysia!

Gadget, Tech

Pihak HMD Global, pengeluar smartphone Nokia telah memperkenalkan beberapa smartphone terbaru untuk pasaran Malaysia. Smartphone tersebut adalah Nokia 6.2 dan Nokia 7.2. Tidak dilupakan Nokia juga membawa masuk dua phone classic mereka yang diberikan nafas baru iaitu Nokia 110 dan juga Nokia 2720 Flip.

Image Via: https://www.thelaki.com.my

Jum kita tengok apa feature yang menarik yang ditawarkan untuk smartphone terbaru ini:

NOKIA 6.2

Nokia 6.2 merupakan smartphone pertama untuk siri Nokia 6 yang mana menampilkan triple rear camera setup dan juga PureDisplay technology. Nokia 6.2 ini juga mempunyai feature yang dipanggil Always-On HDR yang mana membuatkan warna pada display smartphone ini lebih cantik dan lebih terang.

Nokia 6.2 ini mempunyai screen display sebesar 6.3 inci dengan dua warna yang akan ditawarkan iaitu Ceramic Black dan Ice. RAM yang akan diletakan dalam smartphone ini adalah 4GB dan mempunyai storage sebesar 128GB. Untuk processor pula ia menggunakan Qualcomm Snapdragon 636 dengan Operating System Android 9 PIE. Satu benda yang korang perlu tahu ialah smartphone ini menggunakan Android One!

Untuk bahagian camera pula, Nokia 6.2 mempunyai camera sebesar 16 Megapixel + 5 Megapixel (depth sensor) + 8 Megapixel UltraWide Lens. Untuk camera hadapan pula ia menggunakan camera sebesar 9 Megapixel. Smartphone ini akan mula dijual di Malaysia pada awal bulan Oktober pada harga RM899 sahaja!

NOKIA 7.2

Nokia 7.2 ini lebih kurang macam abang long untuk Nokia 6.2 sebab spec yang ditawarkan untuk smartphone Nokia 7.2 ini lebih bagus. Sama seperti Nokia 6.2, Nokia 7.2 juga menggunakan triple rear camera setup namun megapixel dan lens yang diletakkan lebih bagus. Tak dilupakan ia turut mempunyai feature Always-On HDR.

Nokia 7.2 ini mempunyai screen display sebesar 6.3 inci dan akan dijual dengan tiga warna berbeza iaitu warna Charcoal, Cyan Green dan Ice. Sekarang ini aku dah tertarik dengan warna Cyan Green dia! Untuk RAM pula, Nokia 7.2 mempunyai RAM sebesar 6GB dan storage sebesar 128GB. Untuk processor pula ia menggunakan Qualcomm Snapdragon 660 dengan Operating System Android 9 PIE. Smartphone ini juga menggunakan Android One seperti Nokia 6.2.

Untuk bahagian camera pula, Nokia 7.2 mempunyai camera sebesar 48 Megapixel dengan Zeiss lens + 5 Megapixel (depth lens) + 8 Megapixel (UltraWide Lens). Untuk camera hadapan pula ia menggunakan camera sebesar 20 Megapixel. Smartphone ini sudah mula dijual di Malaysia pada harga RM1,299 sahaja!

NOKIA 110 & NOKIA 2720 FLIP

Dua smartphone classic daripada Nokia telah diberikan nafas baru dan sudah mula diajual di pasaran Malaysia. Untuk Nokia 110 ianya didatangkan dengan feature phone yang sangat basic untuk penguna yang tak nak appapp yang merepek dalam phone.

Untuk Nokia 110 ini, ia mempunyai feature MP3 Player untuk dengar lagu, builtin camera dan juga FM Radio. Nokia 110 ini juga didatangkan dengan gamegame classic seperti Snake dan gamegame lain. Untuk Nokia 2720 Flip ia merupakan flip phone classic yang diberikan nafas baru.

Untuk Nokia 2720 Flip, ia didatangkan dengan buildin Facebook dan juga Whatsapp. Untuk baca lebih lanjut tentang Nokia 2720 Flip, korang boleh klik dekat SINI. Harga untuk Nokia 110 adalah RM120 sahaja dan akan mula dijual pada awal Oktober tahun ini manakala Nokia 2720 Flip pula dijual pada harga RM359 dan boleh dibeli bermula hari ini!

KATALAKI: Aku betul-betul tangkap cintan dengan Nokia 7.2 warna Cyan Green tu!

Last modified: 23 September 2019