Nokia Patut Remake Balik Phone Classic Ini!

Gadget, Tech

Sekarang ini Nokia nampaknya mula mengatur langkah untuk kembali dalam scene smartphone. Dengan memilih untuk meletakkan operating system Android One dalam smartphone terbaru mereka, orang ramai mula mengambil keputusan untuk bertukar kepada Nokia.

Aku sendiri sekarang menggunakan Nokia 7.2 dan apa yang aku boleh katakan, penggunaan smartphone daripada Nokia ini sangat smooth dan design dia juga nampak sangat premium walaupun harga dia boleh dikatakan sangat murah iaitu dibawah RM1,500 sahaja. Tapi kita kena tengok juga phonephone classic yang Nokia telah remake kembali. Yang terbaru adalah Nokia 2720 Flip.

Image Via: https://yle.fi

Walaupun Nokia 2720 Flip bukanlah satu smartphone dan feature dia sangat kurang berbanding entry-level smartphone yang ada dalam pasaran sekarang, ramai orang yang berebut untuk membeli Nokia 2720 Flip ini. Kalau korang nak baca review dia, korang boleh baca article dia dekat SINI.

Jadi bila aku nampak Nokia dah mula remake balik phonephone classic dorang, aku mula perasan yang dorang cuma keluarkan phonephone entry-level sahaja dan bukannya remake phone classic dorang kemudian jadikan ianya sebagai smartphone. Jadi hari ini aku ada beberapa cadangan phone mana yang Nokia kena remake balik selepas ini dan jadikan ianya smartphone!

N-GAGE QD

Sekarang ini banyak brand yang mengeluarkan gaming smartphone dorang. Contohnya macam ASUS ROG PHONE, RAZER Phone dan sebagainya. Aku rasa Nokia sepatutnya turut mengeluarkan gaming smartphone dorang sendiri tapi dorang cuma perlu remake balik sahaja phone Nokia N-Gage QD dorang.

Aku rasa tak salah aku katakan yang Nokia adalah jenama pertama yang mengeluarkan gaming phone dorang sendiri seawal tahun 2004 lagi. Semasa Nokia N-Gage QD diperkenalkan, memang ramai kawan-kawan aku yang kaki main game meminati phone ini.

XPRESSMUSIC

Aku ingat lagi yang phone ini dikeluarkan masa scene music indie mula naik di Malaysia. Terdapat dua phone XpressMusic yang menjadi pilihan remaja pada zaman itu. Phone tersebut adalah Nokia 5300 XpressMusic dan Nokia 5700 XpressMusic.

Korang bayangkan kalau Nokia keluarkan phone ini balik dan bekerja sama dengan Spotify ataupun JOOX dan keluarkan promosi lifetime VIP access untuk aplikasi ini bila korang beli Nokia 5300 XpressMusic atau Nokia 5700 XpressMusic versi baharu ini.

N93I

Masa phone ini diperkenalkan pada tahun 2007, aku boleh katakan yang phone ini merupakan phone yang paling unik pada zaman tahun tersebut. Salah satu sebab kenapa phone ini unik adalah kerana screen ia boleh dipusing seperti sebuah handy camera!

Masa phone Nokia N93i ini diperkenalkan, ia cuma mempunyai camera sebesar 3.15 Megapixel sahaja. Korang bayangkan kalau Nokia keluarkan balik phone ini dan letak camera sebesar 64 Megapixel. Lepas itu tambah camera hadapan. Aku yakin phone ini akan menjadi smartphone pilihan untuk geng-geng vlogger!

KATALAKI: Kalau Nokia just keluarkan Nokia XpressMusic balik pun aku dah happy!

Last modified: 8 November 2019