Normal Baharu Dunia Bola Sepak Selepas COVID-19

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Dunia bola sepak kembali bernyawa selepas salah satu liga bola sepak ternama Eropah, Bundesliga yang berlangsung di Jerman, disambung semula pada 16 Mei 2020 selepas tertangguh selama berbulan-bulan disebabkan pandemik COVID-19. Sebelum Bundesliga, liga bola sepak di Korea, K-League antara yang terawal memulakan perlawanan dan mempersembahkan normal baharu yang perlu dipatuh oleh setiap individu ketika terlibat dalam perlawanan bola sepak, termasuk mengamalkan budaya penjarakan sosial.

Besar cabaran untuk bidang sukan yang amat memerlukan hubungan fizikal antara satu sama lain, tapi tetap perlu patuh dengan standard operating procedure (SOP) baru yang ditetapkan supaya dapat mengelakkan sejarah hitam pandemik COVID-19 daripada berulang. Sepanjang berlangsungnya perlawanan pertama Bundesliga sejak ditangguhkan, ini antara normal baharu yang boleh dilihat dan diamalkan oleh setiap individu yang terlibat dalam perlawanan bola sepak, termasuk lah budak milo atau ball picker.

TIADA SEBARANG SENTUHAN

Dalam perlawanan pertama Bundesliga, kita sebagai penonton boleh nampak reaksi pemain yang agak kekok bila cuba merebut bola daripada pemain lawan. Macam mana sekali pun, bola tetap perlu direbut, betul?

Selain pemain, setiap individu juga perlu mengelakkan daripada melakukan sebarang sentuhan termasuk bersalaman sebelum, semasa dan selepas perlawanan bola sepak. Nak tangkap gambar ramai-ramai juga tak dibenarkan.

PENJARAKAN SOSIAL

Sama ada pemain simpanan, jurulatih, pegawai perlawanan atau jurugambar, setiap individu perlu berada berjauhan di antara satu sama lain, sekurang-kurangnya jarak 1 meter berserta topeng muka, bagi mengurangkan sebarang aktiviti hubungan fizikal yang melibatkan sentuhan sepanjang perlawanan berlangsung. Sesi temu bual pemain atau pengurus juga dijarakkan daripada penemubual.

Untuk pemain yang beraksi di dalam padang, aksi semasa meraikan jaringan gol menunjukkan detik paling ketara penjarakan sosial diutamakan. Walau bagaimanpun, nampak sukar untuk pemain-pemain mengamalkan penjarakan sosial semasa melakukan tendangan percuma.

PERTUKARAN PEMAIN

Kebiasaannya, setiap pasukan boleh menggunakan 3 orang pemain simpanan sepanjang 90 minit perlawanan. Kini, undang-undang baru bola sepak di Jerman menetapkan setiap pasukan dibenarkan untuk menggunakan 5 orang pemain simpanan melalui 3 kali pertukaran, bertujuan untuk mengambil kira tahap kecergasan pemain-pemain bola sepak yang hampir 2 bulan tak beraksi dalam perlawanan bola sepak dan jadual perlawanan yang padat dalam tempoh yang singkat.

SANITISI

Bola yang digunakan juga perlu disanitasi sebelum diberikan kepada pemain termasuk tempat duduk pemain simpanan. Ball picker dah ada tugas baru demi mengamalkan normal baharu. Kena sanitize bola yang dikutip dulu, baru boleh bagi kat pemain. Selain daripada bola, mikrofon yang digunakan untuk menemu bual pemain dan pengurus juga perlu dibalut.

KATALAKI: Jangan dilupa, takde sebarang sambutan meraikan kejayaan juara liga.

Last modified: 18 May 2020