OG Juara The International Dua Kali Berturut-turut!

Sembang

Hari ahad yang lepas, aku berpeluang untuk melihat Grand Final The International 9 di TWTDOTAxBattleArena Pubstomp 2019 yang bertempat di Battle Arena. Bagi seorang yang kurang pengetahuan tentang Dota 2, aku boleh katakan ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi aku. Terima kasih kepada organizer iaitu TWTDOTA kerana menjemput aku dan team TheLaki!

Masa aku sampai, perlawanan ketiga antara pasukan PSG.LGD dan pasukan Liquid baru sahaja bermula. Pada masa ini kedua-dua pasukan sedang seri 1-1. Juara dalam match ini akan bertembung dengan pasukan OG manakala yang kecundang akan pulang dengan tempat ketiga sahaja.

Pada awal match ketiga lagi sebenarnya kita dah boleh lihat siapa yang akan menang bila pasukan Liquid nampaknya begitu agresif menyerang pasukan PSG.LGD. Serangan-serangan yang dilancarkan oleh pasukan Liquid nampaknya cukup berkesan dan membuatkan pasukan PSG.LGD nampak seperti hilang arah.

PSG.LGD nampaknya cuba untuk membuat serangan balas namun setiap serangan daripada PSG.LGD seperti sudah dibaca oleh pasukan Liquid dan counterback yang dibuat oleh Pasukan Liquid telah membuahkan hasil bila mana mereka berjaya menumbangkan pasukan PSG.LGD dan terus mara ke Grand Final.

Grand Final akan menyaksikan Johan The International 8 iaitu pasukan OG dan Johan bagi The International 7 iaitu pasukan Liquid. Yang menariknya di Pubstomp ini, aku bukan sahaja dapat menyaksikan The International 9 secara langsung malah terdapat 4 orang panelist yang akan analyst dan memberikan pendapat tentang match yang telah berlangsung sebelum ini.

Sementara menunggu Grand Final berlangsung, dorang turut mengadakan Lucky Draw untuk prediction game yang berlangsung tadi. So bagi siapa yang bet pasukan Liquid menang, dorang mempunyai peluang untuk menang hadiah-hadiah menarik yang disediakan oleh TWTDOTA.

Perlawanan antara pasukan OG dan Liquid akan diadakan dalam Best of Five. Pengunjung mula memenuhi ruang Battle Arena untuk menyaksikan pasukan mana yang akan membawa gelaran johan The International 9. Ramai yang meletakan harapan kepada pasukan Liquid manakala ada juga yang menyatakan pasukan OG akan menjulang Aegis sekali lagi tahun ini.

Untuk match yang pertama, kemenangan telah berpihak kepada pasukan Liquid. Walaupun OG cuba menghalang segala serangan yang diberikan oleh Liquid namun Liquid tetap terus menyerang dan memastikan pusingan pertama menjadi milik mereka.

Masuk pusingan kedua, OG memulakan permainan dalam keadaan yang nampak lebih bersedia. Berbeza dengan pusingan Pertama, OG kali ini pula yang nampak lebih fokus menyerang. Gandingan Ana dan Topson daripada pasukan OG membuatkan Liquid tidak mampu membuat apa-apa dan ini telah membuatkan pusingan kedua menjadi milik OG.

Pusingan Ketiga OG masih mengekalkan rentak mereka. Topson nampaknya semakin mengganas dan tiada apa yang pasukan Liquid boleh lakukan bagi menghalang serangan bertubi-tubi daripada pasukan OG. Pusingan Ketiga menjadi milik OG dan ini membuatkan OG hanya perlu menang sekali sahaja lagi bagi memastikan Ti9 menjadi milik mereka.

Pusingan keempat dan mungkin pusingan penentuan sama ada OG bakal bergelar juara atau tidak. Seperti pusingan kedua dan ketiga, OG tidak memberi ruang langsung kepada pasukan Liquid untuk bernafas. Serangan demi serangan telah dilancarkan oleh OG sehingga akhirnya Liquid terpaksa mengaku kalah dan ini menjadikan OG sebagai pasukan pertama yang berjaya menang The International 2 kali berturut-turut!

OG berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah USD15.5 juta! Satu perlawanan yang sangat menarik bagi aku yang tak berapa tahu sangat Dota 2. Terima kasih aku ucapkan kepada TWTDOTA kerana menjemput team TheLaki untuk sama-sama menyaksikan Grand Final The International 9 dan tahniah kepada pasukan OG kerana berjaya mengekalkan gelaran juara The International.

THELAKI: USD15.5 juta wey! main game pun jadi jutawan sekarang!

Last modified: 26 August 2019