Operasi Entebbe – Misi Menyelamat Paling Extreme!

Sembang

Pada 27 June 1976, sebuah kapal terbang jenis Airbus telah berlepas dari Athens, Greece dan dalam perjalanan ke Paris. Di dalam kapal terbang ini, terdapat 248 orang penumpang yang mana kebanyakannya warga negara Israel dan 12 orang krew kapal.

Secara tiba-tiba, sepasang pasangan daripada German iaitu Wilfried Bose dan Brigitte Kuhlmann telah bertindak untuk bangun dan mengeluarkan senjata yang mereka bawa seludup ke dalam kapal terbang ini. Mereka berdua merupakan ahli organisasi pengganas yang dikenali sebagai Revolutionary Cells yang mana masa itu sedang bekerjasama dengan Liberation of Palestine.

Wilfried telah menyatakan dia mahukan wang pampasan sebanyak USD5 juta dan masukan 53 orang banduan Palestine yang ditahan oleh 5 buah negara dilepaskan secepat mungkin. Andaikata permintaan mereka tidak dituruti, mereka akan mula membunuh setiap tebusan yang ada dalam kapal terbang bermula 1 July.

Kapal terbang ini kemudiannya telah dibawa untuk mendarat di lapangan terbang Entebbe, Uganda. Sebaik sahaja mendarat, tebusan-tebusan ini mula berasa lega apabila mereka melihat ramai anggota tentera yang lengkap beruniform sedang menunggu diluar kapal terbang.

Namun apa yang mereka tidak tahu adalah, askar-askar tersebut bukannya datang untuk melindungi mereka tapi untuk melindungi pengganas-pengganas tadi. Kesemua tebusan telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tebusan warga Israel dan bukan warga Israel.

Yang mana bukan warga Israel, mereka telah dilepaskan dan dihantar semula ke Paris. Daripada 248 penumpang, hanya 94 penumpang sahaja yang tinggal dan 12 krew kapal yang menolak untuk dilepaskan demi melindungi penumpang-penumpang lain.

Ehud Barak, pegawai Israel yang mengetuai operasi menyelamat telah diberitahu bahawa president Uganda, Idi Amin telah berkerjasama dengan pengganas-pengganas tersebut untuk memastikan mereka tidak diserang oleh askar Israel.

Perdana menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin telah bersetuju untuk melakukan operasi menyelamat rakyat mereka yang menjadi tebusan. Operasi ini telah dinamakan sebagai Operation Entebbe. Mereka cuba untuk membawa 4 kapal terbang Hercules ke Uganda selepas mendapat tahu yang Idi Amin akan ke luar negara.

Di dalam kapal terbang ini akan terdapat beberapa buah kereta dengan jata negara Uganda dan kereta-kereta ini diubah supaya lebih kelihatan seperti kereta Idi Amin. Pada 4 July, askar-askar Israel telah tiba di Entebbe pada waktu malam. Selepas mendarat, beberapa buah kereta berwarna hitam dengan jata negara Uganda mula bergerak.

Pada mulanya semuanya berjalan lancar namun setibanya di pintu keluar, askar Uganda yang sedang menjaga lapangan terbang tersebut telah menyuruh mereka menghentikan kenderaan dan mengacukan senapangnya kepada kenderaan tersebut.

Nasib mereka kurang baik kerana askar tersebut tahu yang Idi Amin baru sahaja menukar kereta baru dan kereta yang mereka gunakan merupakan kereta lama. Mereka terus melepaskan tembakan kepada askar tersebut dan ini membuatkan askar-askar yang berada dikawasan itu terus menyerang mereka.

Kedua-dua pihak saling membalas tembakan dan mereka berjaya menumpaskan askar Uganda dan kedua-dua orang yang bertanggungjawab merampas kapal terbang sebelum ini. Hampir 20 askar Uganda telah mati ditembak. Beberapa tebusan turut mati akibat terkena tembakan semasa askar Israel dan Uganda bertembung.

Yonatan Netanyahu, yang merupakan ketua operasi ini juga turut terkorban. Dia merupakan abang kepada Benjamin Netanyahu iaitu perdana menteri Israel yang sekarang. Kisah abangnya yang terkorban membuatkan dia lebih senang memasuki bidang politik yang mana dia kemudiannya dipilih sebagai perdana menteri Israel.

KATALAKI: Sebuah filem telah diinspirasi daripada kisah ini yang mana dinamakan sebagai Entebbe.

Last modified: 28 August 2019