Operation Northwoods – Cubaan Merampas Cuba Daripada Fidel Castro!

Sembang

Pada tahun 1962, America sedang dalam kancah peperangan baru yang dipanggil The Cold War. Ini merupakan peperangan antara America dan juga Soviet Union, sebuah negara yang terkenal dengan sifat communism. Cuba pada masa itu baru sahaja jatuh ke tangan komunis.

Ini membuatkan musuh Amerika Syarikat berada terlalu hampir dengan negara mereka dan sesuatu harus dilakukan dengan segera. Amerika Syarikat yakin yang Soviet Union akan membuat satu kem tentera di Cuba dan ini meletakan mereka berada hanya beberapa batu sahaja dari perairan Florida.

Cuba ketika ini telah diperintah oleh Fidel Castro. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Amerika Syarikat demi menjatuhkan Castro dan mengambil alih Cuba daripada tangan komunis. Pada 1962, Amerika Syarikat telah melancarkan misi Operation Mangoose, yang mana merupakan rancangan paling mengarut pernah dilakukan oleh Amerika Syarikat.

Dalam misi ini, Amerika Syarikat akan mengumpulkan semua ketua bahagian tentera yang mereka ada dalam mencari idea sama ada untuk menjatuhkan, bunuh atau memalukan Castro sampailah rakyat Cuba sendiri menolak dia daripada memimpin.

Pelbagai idea yang keluar semasa pembincangan ini. Ini termasuklah meletakan bom di pantai yang Castro selalu singgah, mengambil dan melatih bekas kekasih Castro sebagai pembunuh upahan dan juga mendedahkan Castro dengan kandungan estrogen yang tinggi bagi memastikan rambut Castro gugur dan memalukan dia dihadapan rakyat Cuba.

Namun rancangan-rancangan ini agak susah untuk dilaksanakan. Jadi tanpa persetujuan daripada Presiden Amerika Syarikat, Joint Chiefs of Staff merasakan cara paling senang adalah dengan terus menyerang Cuba dengan segala tentera yang Amerika Syarikat ada.

Tetapi Amerika Syarikat tidak boleh terus menyerang Cuba begitu sahaja. Ini akan membuatkan semua negara luar dan rakyat dorang sendiri memberontak. Dorang perlukan alasan yang kukuh untuk menyerang Cuba dan menjatuhkan Castro dan dengan itu terciptalah Operation Northwoods yang akan dijalankan secara rahsia oleh Joint Chiefs of Staff.

Operation Northwoods boleh dikatakan operasi paling kejam yang pernah dirancang oleh Amerika Syarikat kerana dalam operasi ini mereka akan menyerang kem tentera dan rakyat mereka sendiri dan kemudiannya menyalahkan semua serangan yang berlaku kepada Cuba.

Antara kem tentera yang mereka akan serang adalah kem tentera yang terletak di Guantanamo Bay. Ini termasuklah meletupkan jet pejuang dan juga kapal perang Amerika Syarikat yang diperairan Amerika Syarikat. Mereka juga merancang untuk melancarkan mortar tanpa henti ke arah kem tersebut bagi menyerang askar-askar yang berada dalam kem tersebut.

Satu lagi rancangan yang mereka lakukan adalah mencipta kem-kem pengganas dan meletakannya di Florida dan Washington. Mereka akan mengupah seberapa ramai pengganas untuk menyamar menjadi warga Cuba dan akan menyerang dan menembak mati orang awam Amerika Syarikat secara terbuka.

Ini termasuk juga membantu Fidel Castro secara senyap untuk membawakan idealogi komunis kepada negara di sekitar mereka seperti Haiti, Dominican Republic, Guatemala dan juga Nicaragua. Ini demi memastikan satu dunia tahu yang Fidel Castro merupakan satu ancaman dan Amerika Syarikat akan mempunyai alasan kukuh menyerang Cuba atas alasan menjaga keamanan sejagat.

Kesemua rancangan ini telah dikumpulkan dan diserang kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu President John F. Kennedy. Namun segala rancangan mereka telah ditolak secara keras Presiden Kennedy dan dia telah memecat ketua Joint Chiefs of Staff iaitu General Lyman Lemnitzer kerana cuba memujuk Presiden Kennedy untuk menerima rancangan ini.

Presiden Kennedy berkata, walaupun rancangan yang dibawakan berkemungkinan akan berkesan dalam memberikan mereka alasan untuk menyerang Cuba dan menjatuhkan Castro, dia tidak sanggup untuk meluluskan misi tersebut kerana ia akan membabitkan nyawa rakyat yang tidak berdosa dan berkemungkinan mencipta world war 3!

KATALAKI: Korang rasa dorang ada gunakan idea daripada Operation Northwoods ini untuk menyerang negara lain ke tidak? Macam Iraq contohnya? hmmmmmmmm.

Last modified: 18 June 2019