OPPO A9 2020 Sah Dilancarkan Di Malaysia!

Gadget, Tech

Hari ini pihak OPPO Malaysia telah melancarkan smartphone terbaru mereka yang diberi nama OPPO A9 2020. Smartphone mid-range daripada OPPO ini bukan sahaja mempunyai spec dan camera yang agak bagus, harga yang ditawarkan untuk smartphone ini juga boleh tahan murah.

Smartphone OPPO A9 2020 ini mempunyai screen sebesar 6.5inci dan mempunyai screen-to-body ratio sebesar 89%. Selain itu OPPO A9 2020 ini juga menggunakan Corning Gorilla Glass 3+ yang mana dua kali lebih keras berbanding Corning Gorilla Glass sebelum ini.

OPPO A9 2020 ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri rekabentuk kecerunan 3D untuk effect yang lebih menarik untuk dilihat. Ini boleh dilihat pada warna yang terdapat pada belakang smartphone OPPO A9 2020 yang mana menampil effect warna yang sangat menarik.

Untuk spec dalaman, smartphone OPPO A9 2020 dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 655. Kalau nak dibandingkan dengan smartphone OPPO A7 yang dikeluarkan sebelum ini, OPPO A9 2020 ini jauh lebih bagus iaitu sebanyak 40%. Bagi bahagian RAM dan Storage pula, OPPO A9 2020 ini dilengkapi dengan 8GB RAM dan 128GB Storage. Kalau korang rasa storage tak cukup, korang masih boleh upgrade dengan menggunakan MicroSD card sehingga 256GB.

Bagi bahagian camera pula, smartphone OPPO A9 2020 ini mempunyai Quad Rear Camera Setup yang mana menampilkan camera sebesar 48 Megapixel untuk main camera + 8 Megapixel Ultra Wide Lens + 2 Megapixel Mono Lens dan juga 2 Megapixel Portrait Lens.

Bagi camera hadapan pula, smartphone OPPO A9 2020 ini dilengkapi dengan front camera sebesar 16 Megapixel yang mana terletak dekat bahagian water drop notch hadapan smartphone ini. Wakil daripada pihak OPPO juga memberitahu AI Beauty feature untuk smartphone ini telah ditambah baik berbanding smartphone OPPO sebelum ini.

Untuk bahagian operation system pula, OPPO A9 2020 ini menggunakan ColorOS 6 yang mana berpandukan Android 9.0 PIE. Satu lagi feature menarik untuk smartphone ini adalah battery-nya. Smartphone OPPO A9 2020 ini mempunyai battery sebesar 5,000mAh yang mana membolehkan pengguna menggunakan smartphone ini selama 19 jam secara berterusan.

Terdapat dua warna yang akan dikeluarkan untuk smartphone OPPO A9 2020 ini iaitu warna Space Purple dan juga warna Marine Green. Terus terang aku cakap warna Space Purple dia sangat cantik dan lawa bro! Smartphone OPPO A9 2020 ini boleh di pra-tempah bermula pada 27 September dan akan mula dijual pada 28 September 2019. Sebelum aku terlupa, harga untuk OPPO A9 2020 ini hanya RM1,199 sahaja dan kalau korang berminat, korang boleh preorder dekat SINI!

KATALAKI: Kalau korang nak beli pastikan korang ambik warna Space Purple wey confirm tak menyesal!

Last modified: 19 September 2019