OPPO F11 – Smarphone Marhaen Terbaik Untuk Low Light Picture!

Gadget, Tech

Hari ini pihak OPPO telah melancarkan smartphone terbaru mereka yang diberi nama OPPO F11. OPPO F11 merupakan smartphone untuk F siri terbaru daripada OPPO dan hanya akan dijual secara khas di website e-commerce terkenal iaitu Shopee.

Dibina dengan rekaan yang simple dan warna yang tampak menarik dengan gaya hidup urban, OPPO F11 juga mempunyai hampir kesemua ciri-ciri yang terdapat pada smartphone OPPO sebelum ini iaitu OPPO F11 Pro.

Ini termasuklah feature dual rear camera sebesar 48 megapixel untuk main camera dan 5 megapixel ultraclear camera system untuk second camera. Smartphone ini juga lengkapi dengan fungsi VOOC Flash Charge 3.0 dan Hyper Boost technology yang membolehkan pengguna terus menggunakan smartphone OPPO F11 ini tanpa perlu risau tentang kehabisan battery.

Selling point untuk OPPO F11 ini sudah tentu terletak pada bahagian kameranya. Dengan dual camera sebesar 48 megapixel dan 5 megapixel dengan F1 .79 aperture membolehkan pengguna menghasilkan gambar pada waktu malam atau low light dengan lebih terang dan jelas. So lepas ini korang tak perlu lagi nak buka flash bila nak tangkap gambar waktu malam!

Untuk camera hadapan pula adalah sebesar 16 megapixel yang terletak pada notch waterdrop-nya. Screen untuk OPPO F11 ini adalah sebesar 6.5 inci FullHD+ display dan dengan notch jenis waterdrop membuatkan paparan screen pada OPPO F11 ini lebih luas.

Untuk spec dalaman pula, OPPO F11 disertakan dengan MediaTek Helio P70, 4GB RAM dan mempunyai storage sebesar 128GB yang mana boleh ditingkatkan menggunakan MicroSD card. OPPO F11 juga dilihat menggunakan Color OS 6.0 sebagai interface yang mana turut dibina dengan operation system Android 9.0 Pie.

OPPO F11 ini akan dijual pada harga RM1,099 dan terdapat hanya untuk satu warna sahaja iaitu warna Flourite Purple. Atas kerjasama OPPO dan Shopee, Korang boleh dapatkan OPPO F11 ini dengan harga khas iaitu RM999 sahaja bermula pada 19 April bermula jam 12 tengah malam! 

KATALAKI: Murah juga tapi itulah dia takda popup kamera macam OPPO F11 Pro huhuhu

Last modified: 17 April 2019