OPPO Lancar OPPO Reno2 Series!

Gadget, Tech

Minggu ini pihak OPPO telah melancarkan smartphone terbaru mereka untuk pasaran Malaysia iaitu OPPO Reno2 Series. Terdapat dua smartphone yang dilancarkan untuk OPPO Reno2 Series ini iaitu OPPO Reno2 dan OPPO Reno2 F. Kedua-dua smartphone terbaru daripada OPPO ini dilihat mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain.

Untuk OPPO Reno2, ia menggunakan screen sebesar 6.5 inci Full AMOLED Screen dengan screen-to-body ratio sebesar 93.1%. Bagi OPPO Reno2 F pula ia dilihat lebih kecil sedikit, yang mana ia mempunyai screen sebesar 6.5 inci Full AMOLED screen dengan screen-to-body ratio sebesar 91.1%.

Protection yang digunakan juga agak berbeza yang mana untuk OPPO Reno2 ia mengunakan 6th Generation Corning Gorilla Glass manakala untuk OPPO Reno2 F pula hanya menggunakan 5th Generation Corning Gorilla Glass.

Untuk smartphone terbaru ini, OPPO nampaknya masih mengekalkan rekaan camera hadapan jenis Shark Fin Pop-up untuk OPPO Reno2 manakala untuk OPPO Reno2 F ia menggunakan rekaan Pop-up camera seperti mana yang terdapat pada OPPO F11 Pro.

Bagi bahagian spec pula, OPPO Reno2 menggunakan Snapdragon 730G dengan 8GB RAM dan 256GB storage. Manakala untuk OPPO Reno2 F, ia menggunakan processor MTK70 dengan 8GB RAM dan 128GB storage. Kalau tengok daripada bahagian spec kedua-dua smartphone ini, kita boleh nampak yang OPPO Reno2 F mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding OPPO Reno2.

Untuk kedua-dua smartphone ini, OPPO lebih mengfokuskan kepada quality camera yang terdapat pada OPPO Reno2 Series ini. Bagi OPPO Reno2, ia menggunakan Quad Camera Setup iaitu sebesar 48 Megapixel untuk main camera, 13 Megapixel telephoto lens, 8 Megapixel wide angle lens dan 2 Megapixel mono lens.

Bagi OPPO Reno2 F pula, ia turut menggunakan Quad Camera Setup sebesar 48 Megapixel untuk main camera, 8 Megapixel wide angle lens, 2 Megapixel mono lens dan 2 Megapixel portrait lens. Selain itu, OPPO turut meletakkan beberapa feature menarik pada kedua-dua smartphone ini seperti Ultra Dark Mode dan Ultra Steady Video pada OPPO Reno2 manakala untuk OPPO Reno2 F pula OPPO meletakan feature Ultra Night Mode 2.0.

Seperti yang disebutkan tadi, OPPO tetap tetap menggunakan Shark Fin Pop-up untuk OPPO Reno2 dengan camera sebesar 16 Megapixel dengan Soft Front Light dan AI Beauty Mode. Manakala untuk OPPO Reno2 F pula ia menggunakan camera sebesar 16 Megapixel dengan Atmosphere Light dan AI Beauty Mode.

Cuma satu benda sahaja yang sama untuk kedua-dua smartphone ini yang mana ia menggunakan battery sebesar 4,000mAh dengan feature VOOC Flash Charge 3.0. Satu benda yang aku nak puji adalah warna yang dorang gunakan untuk kedua-dua smartphone ini.

Bagi OPPO Reno2, korang boleh memilih antara warna Luminous Black ataupun Sunset Pink manakala untuk OPPO Reno2 F pula korang boleh pilih antara warna Sky White dan Lake Green. Kalau aku diberi pilihan, aku akan pilih warna Sunset Pink untuk OPPO Reno2 manakala untuk OPPO Reno2 F pula aku akan pilih warna Lake Green!

Bagi korang yang berminat dengan OPPO Reno2 Series ini, korang dah boleh mula pre-order bermula hari ini sehingga 25 Oktober 2019 di Lazada. Kedua-dua smartphone ini akan mula dijual di OPPO Concept Store, Official Dealer dan e-commerce site pada 26 Oktober 2019. Harga untuk OPPO Reno2 adalah RM2,299 manakala harga untuk OPPO Reno2 F pula adalah RM1,599 sahaja.

KATALAKI: So amacam, korang rasa berbaloi tak nak beli OPPO Reno2 Series ni?

Last modified: 16 October 2019