Oppo Perkenalkan Sub-Brand Terbaharu!

Gadget, Tech

Sebelum ini Oppo telah memperkenalkan subbrand mereka iaitu Realme. Realme dilihat sebagai satu jenama smartphone midrange yang mempunyai spec yang agak bagus dan dengan harga mampu milik.

Baru-baru ini, Oppo mungkin akan mengeluarkan satu lagi subbrand dibawah jenama mereka iaitu Reno. Oppo dikatakan akan memperkenalkan subbrand terbaru ini pada 10 April tahun ini. Hari isnin yang lepas, Vice President Oppo, Shen Yiren telah menunjukan logo terbaru subbrand mereka di laman social Weibo.

Bersama-sama logo tersebut, terdapat caption yang menyatakan mereka akan memperkenalkan subbrand terbaru ini pada 10 April dan akan perkenalkan smartphone terbaru untuk subbrand Reno.

Semalam pula telah leak satu video teaser yang menunjukan gambaran belakang smartphone terbaru ini. Ia berkemungkinan akan mempunyai tiga camera belakang yang sebesar 48 Megapixel.

Ia juga dikatakan akan dilengkapi dengan Snapdragon 855 dan bateri sebesar 4065mAh. Menurut satu lagi sumber, Smartphone terbaru ini mungkin akan dijual di China pada harga RMB4000. Buat masa ini kita perlu menunggu sehingga 10 April untuk mendapatkan maklumat penuh tentang smartphone terbaru ini. 

KATALAKI: Mahal juga kalau tengok daripada harga dia ni.

Last modified: 15 March 2019