OPPO R17 Pro – Fungsi Kamera Night Mode Terbaik?

Gadget, Tech

Baru-baru ini, OPPO telah melancarkan smartphone terbaru yang dikatakan mempunyai fungsi kamera night mode yang terbaik berbanding dengan smartphone yang ada dipasaran sekarang. Persoalannya, betul ke terbaik?

Semalam kitorang berkesempatan untuk bersama-sama dengan OPPO dalam roadshow yang berlangsung di OPPO flagstore di KLCC.

Turut hadir dalam event ini adalah pelakon terkenal Syafiq Kyle dan juga Youtuber Phei Yong.

Didalam event ini, Pihak OPPO telah menjemput media, peminat Syafiq Kyle dan Phei Yong untuk bersama-sama dalam Night Bus Tour sekitar Kuala Lumpur sambil mencuba menggunakan OPPO R17 Pro untuk melihat sendiri fungsi kamera Night Mode mereka.

OPPO R17 Pro dilengkapi dengan fungsi Ultra Night Mode dengan F1.5 dan F2.4 smart aperture kamera yang membolehkan pengguna mengambil gambar dalam suasana gelap dan menghasilkan gambar yang lebih terang dan smooth.

OPPO R17 Pro mempunyai fungsi Super VOOC Flash Charge yang membolehkan pengguna charge peranti OPPO R17 Pro dengan pantas iaitu 40% dalam masa 10 minit.

OPPO R17 Pro juga menggunakan kamera hadapan dengan 25 megapixel Sony IMX576 sensor dan juga mampu support real time HDR.

Untuk kamera belakang pula, OPPO R17 Pro menggunakan dual kamera 12 megapixel + 20 megapixel. Dengan AI Ultra Clear Engine, OPPO R17 Pro boleh dikatakan memang dibina untuk mereka yang mementingkan gambar waktu malam yang lebih terang dan cantik.

Untuk info lebih lanjut, Korang boleh check out website rasmi OPPO di SINI.

KATALAKI: Teringat ade iklan smartphone tangkap gambar hantu flawless hahaha!

Last modified: 2 December 2018