Orange Esports & TGC Esports Bergabung!

Game, Tech

Hari ini pihak Orange Esports telah mengeluarkan satu kenyataan yang mana Orange Esports dan The Gaming Company Esports (TGC Esports) akan bergabung menjadi satu kumpulan besar. Ini membuatkan teamteam yang bernaung dibawah Orange Esports dan TGC Esports akan bergabung dibawah satu nama sahaja iaitu Orange Esports.

Mereka turut mengeluarkan nama-nama pasukan dan pemain yang akan bermain dibawah Orange Esports. Berikut merupakan nama-nama kumpulan yang akan bertanding dibawah nama mereka:

PUBG Mobile (MEN)

Orange Esports.CG Geniuses

  • Maes “STALKER” Kinhkan
  • Sean “LeOn” Somsakada
  • Kao “PotatoO” Kim
  • ING “FIRE” Sopheakkdey
  • Ly “POVPOV” Syly

Orange Esports.Hawk

  • Mohd Firdausi “Bear” Asyura
  • Muhammad Ali “POZN” Fauzan
  • Mohd Azrul “kong” Amri
  • Muhammad Amir “Kizo” Mukriz

PUBG Mobile (FEMALE)

Orange Esports.Hera

  • Nurul “PYKA” Syafiqah
  • Nur “MEEN” Azlin
  • Anis “ANEES” Safiyah
  • Nur “CAT” Farhana
  • Amirah “KayKay” Balqis

CS:GO (MEN)

Orange Esports.Chymera

  • Lee “Max” Ka Lok
  • Iman “cara” Jeffery Krupa
  • Ding “formlesS” Joon Wei
  • Rafael “Raph” Ferreira Marcal
  • Andrew “risk” Chew

CS:GO (FEMALE)

Orange Esports.Sphynx

  • Nurul “Ayumiii” Aini
  • Aisya “Argent” Sabrina Sabri
  • Shanice “Alaska” Choo Xin Ru
  • Iffah “3ve” Nazurah Saidi
  • Ng “maye” May Yee
  • Jasmine “Jazminism” Christina Sim Huiyan

FIFA Team

Orange Esports.Royal Flush

  • Wan “P3rlis TeAmJr” Muhammad Hakim
  • Muhammad Faiz “FavLain” Hariry

Kalau korang tengok list diatas, terdapat dua team terbaru yang kini bernaung di bawah Orange Esports iaitu Orange Esport.Critical Geniuses dan juga pasukan Orange Esports.Hawk. Kedua-dua pasukan ini akan mewakili Orange Esports dalam permainan video PUBG Mobile.

Kedua-dua pasukan ini juga akan mewakili Orange Esports dalam tournament PUBG Mobile Cup Open, Coronation PUBG Men, PUBG.M Squad Tournament 2019 dan juga dalam pertandingan ACL League Wildcard Qualifier yang akan datang.

Dalam list diatas juga kita dapat lihat beberapa pemain terbaru yang kini turut bernaung dibawah kumpulan Orange Esports. Antaranya adalah penambahan pemain kelima untuk pasukan Orange Esports.Hera iaitu Amirah “KayKay” Balqis.

Dan seperti yang korang tahu, captain untuk pasukan Orange Esports.Sphynx iaitu Ramona “GFi“Azween yang telah meninggalkan pasukan ini pada bulan July yang lepas. Oleh sebab itu Orange Esports telah mengambil dua pemain terbaru untuk pasukan ini. Dua pemain tersebut adalah Nurul “Ayumiii” Aini dan juga Ng “maye” May Yee.

KATALAKI: Ayumiii dari salah satu team rival terus jadi ahli tetap Orange Esports.Sphynx!

Last modified: 18 September 2019