Owner Kelab Bola Sepak Paling Have-Have!

Aktif, Bola

Kemegahan dan kekayaan kelab bola sepak bukan je bergantung kepada jualan jersi dan tiket perlawanan. Ini termasuklah nilai komersial menerusi tajaan dan juga kredibiliti pemilik kelab bola sepak tersebut.

Kebanyakan pemilik kelab bola sepak ternama di dunia ni dimiliki oleh billionaire yang mempunyai kekayaan yang sangat stabil sehinggakan berani mengambil risiko untuk melabur dalam arena bola sepak.

Jadi kali ni, jom kita tengok senarai pemilik-pemilik kelab bola sepak di dunia yang kaya nokharomm menurut data yang dikumpul oleh Forbes.

5. Joe Lewis, Tottenham Hotspurs F.C.

Ramai yang lebih familiar dengan nama Daniel Levy yang memimpin Tottenham Hotspurs. Joe Lewis dan Daniel Levy merupakan rakan kongsi dalam syarikat ENIC International Ltd yang memegang perkongsian saham terbesar dalam Tottenham Hotspurs. Joe Lewis juga memiliki berapa syarikat lain dalam bidang makanan, perhotelan, perbankan dan macam-macam lagi.

4. Stanley Kroenke, Arsenal F.C.

Sumber : Getty

Stanley Kroenke berasal dari Amerika Syarikat, ialah pemilik terbesar perkongsian saham dalam Arsenal F.C. Selain daripada Arsenal, Stanley Kroenke juga memiliki banyak lagi team dalam bidang sukan lain antaranya, Colorado Avalanche (Hoki Ais), Denver Nuggets (Basketball), Los Angeles Gladiators (Esports), dan Los Angeles Rams (American Football). Nilai kekayaan Stanley Kroenke pada tahun 2018 dianggarkan bernilai $8.3 Billion.

Sumber : Getty

3. Roman Abramovich, Chelsea F.C.

Sumber : Getty

Billionaire dari Rusia ni beli Chelsea pada Jun 2003, berjaya membawa Chelsea menjadi naib juara pada musim pertama Roman Abramovich sebagai pemilik Chelsea. Musim seterusnya, Roman Abramovich recruit Jose Mourinho untuk jadi manager Chelsea dan berjaya menjadi Juara Premier League 2004/2005 buat pertama kali dalam sejarah bola sepak Chelsea sejak 50 tahun. Pada tahun 2018, nilai kekayaan Roman Abramovich dianggarkan bernilai $10.8 Billion.

Sumber : Getty

2. Philip Anschutz, LA Galaxy

Sumber : Reuters

Philip Anschutz beli kelab bola sepak LA Galaxy pada Oktober 1998 dengan harga bernilai $26 Million. Billionare dari Amerika Syarikat ni juga ada perkongsian saham di beberapa kelab bola sepak lain antaranya Chicago Fire, Houston Dynamo, San Jose Earthquakes, dan juga New York Red Bulls. Pada tahun 2007, Philip Anschutz mengejutkan satu dunia apabila berjaya memujuk David Beckham bermain untuk LA Galaxy. Daripada situ LA Galaxy mula dipandang seluruh dunia terutama sekali peminat David Beckham. Nilai kekayaan Philip Anschutz dianggarkan bernilai $13 Billion.

Sumber : Getty

1. Dietrich Mateschitz, RB Leipzig

Sumber : GEPA

Lantak korang la nak sebut nama dia macam mana. Tapi yang penting nilai kekayaan co-founder Red Bull ni dianggarkan bernilai $23 Billion pada tahun 2018. Dietrich Mateschitz berasal dari Austria, juga merupakan pemilik kelab bola sepak New York Red Bulls dan Red Bull Salzburg. Selain bola sepak, Dietrich Mateschitz juga pemilik pasukan F1, Red Bull Racing dan Red Bull Toro Rosso Honda. Semua benda yang ada nama Red Bull dia punya lah senang cerita.

BTW, kalau korang nak info yang lebih mendalam lagi pasal dunia sukan bola sepak ni, apa kata korang layan Podcast Bola Bro, kat situ kalau boleh dengarkan insights lebih lagi bersama pengacara Hanif Miswan. Klik je kat SINI. Memang layan weyh

KATALAKI: Jangan tanya kenapa owner team yang korang sokong takde dalam list.

Last modified: 12 November 2018