Pahlawan Zaman Purba Yang Korang Perlu Tahu!

Sembang, ZeKool

Pada zaman dahulu, peperangan boleh dikatakan antara satu benda penting bagi sesebuah negara meluaskan kuasa mereka dan juga untuk mempertahankan negara mereka daripada dijajah oleh orang luar. Dari situ muncul beberapa pahlawan yang hebat-hebat dan dijadikan inspirasi sehingga sekarang. Jom kita kenali pahlawan-pahlawan purba ini!

SPARTAN WARRIOR

Spartan Warrior sememangnya terkenal dengan kehebatan mereka. Spartans ataupun dikenali sebagai Lakedaimonians merupakan antara pasukan tentara yang mengfokuskan kehidupan mereka dengan peperangan. Ini bermaksud dari mereka masih kanak-kanak sehingga dewasa, mereka telah dilatih setiap hari untuk dijadikan sebagai satu pasukan tentera yang hebat.

Kehidupan ini dipanggil sebagai Agoge. Dalam Agoge, kanak-kanak lelaki yang berusia 6 dan 7 tahun akan meninggalkan rumah dan ibu bapa mereka untuk tinggal bersama kanak-kanak lelaki lain di kem tentera. Sehingga umur mereka melepasi 30 tahun, mereka dilarang untuk bercakap dengan orang awam atau keluar dari kem tentera melainkan sewaktu berlakunya peperangan!

CELTIC WARRIOR

Jika nak dibandingkan dengan kumpulan pahlawan lain, Celtic Warrior boleh dikatakan sangat digeruni. Kalau melihat pahlawan lain yang datang ke medan perang dengan armor yang lengkap bersenjata, pahlawan Celtic biasanya akan datang ke medan perang tanpa sebarang armor dan mereka cuma membawa sebilah pedang dan tidak berbaju!

Disebabkan ini, mereka sangat digeruni kerana mereka dianggap sangat berani mati. Tidak dilupakan badan mereka yang sangat besar juga merupakan sebab mereka sangat digeruni. Celtic Warrior sebenarnya terdiri daripada beberapa masyarakat dari Eropah, Asia dan juga Africa.

AKKADIAN WARRIOR

Pada sekitar abad 2334 BC, Akkadian Warrior boleh dikatakan antara pasukan tentera terawal pada zaman kerajaan Mesopotamian. Mereka juga dikatakan antara pasukan tentera pertama yang menggunakan Chariot ataupun kereta berkuda dalam medan peperangan dan ini telah membuatkan pasukan tentera mereka berjaya menjatuhkan musuh-musuh mereka yang lain.

Sargon of Akkad, military dictator yang terkenal dalam Akkadian Warrior juga dikatakan orang yang pertama menggunakan composite bow dalam pasukannya. Ketika ramai pasukan tentera masih mengharapkan lembing untuk long range attack, penggunaan composite bow sememangnya telah mengubah strategik peperangan.

GHAZI WARRIOR

Untuk pengetahuan korang, Ghazi merupakan istilah untuk pahlawan Islam dalam peperangan agama. Tidak dinafikan yang pahlawan islam boleh dikatakan antara pahlawan yang terkuat dan telah berjaya menakluki sebahagian besar dunia. Mereka juga telah diketuai oleh pahlawan perang yang hebat seperti Muhammad S.A.W.

Bukti kehebatan tentera Islam boleh dilihat ketika Perang Badar. Walaupun ketika itu tentera mereka cuma mempunyai 313 orang dan terpaksa berhadapan dengan tentera Quraisy yang berjumlah 1,000 orang, Tentera Ghazi berjaya menumbangkan tentera Quraisy hasil daripada rancangan yang dibuat oleh Muhammad S.A.W! Jika tentera lain akan memastikan mereka membunuh semua musuh walaupun mereka telah menang, Muhammad S.A.W tetap menunjukan belas kasihan kepada musuh dan ini yang membezakan Ghazi Warrior dengan tentera-tentera lain.

VIKING WARRIOR

Viking merupakan antara kumpulan pahlawan yang mempunyai badan yang besar dan ganas. Viking akan mengembara ke seluruh dunia untuk merompak dan juga berdagang. Apa yang membuatkan pahlawan Viking ditakuti adalah disebabkan mereka percaya kematian mereka telah ditetapkan dan tiada apa dapat mengubah kematian tersebut.

Antara pahlawan Viking yang sangat ditakuti adalah Berserker. Ada yang menyatakan Berseker mampu menggunakan kuasa ajaib untuk memulihkan diri mereka semasa sedang berperang. Ada juga yang menyatakan sebenarnya mereka telah menggunakan dadah dan dadah ini telah membuatkan mereka menjadi sangat berani dan sangat ganas!

KATALAKI: Bayangkan kalau PLKN ikut cara Spartan!

Last modified: 16 January 2020