Paling Popular Di Dunia Tapi Watak Jahat Thanos Ada Kebaikannya

Sembang, ZAP, ZeKool

Villain yang juga bermaksud penjahat merupakan sebuah watak yang dipenuhi dengan ciri-ciri kekejaman untuk memperkuatkan lagi konflik yang berlaku di dalam sebuah drama atau filem, terutama sekali melibatkan drama atau filem yang berkonsepkan adiwira. Setakat ni, watak villain mana satu yang berjaya menggerunkan jiwa dan raga korang? Kadang-kadang bukan je rasa gerun, tapi kita juga akan rasa tak berpuas hati dengan kekejaman melampau watak villain tersebut. Tak terkecuali, ada juga yang lebih taksub dan berminat dengan watak villain berbanding watak hero.

Baru-baru ni, menurut www.toppcasinobonus.com yang mewujudkan sebuah laman web semata-mata untuk mengumpul data mengenai watak villain popular di dunia, mendedahkan data yang penting berdasarkan beberapa faktor antaranya data dan skor yang dikumpul di laman web Rotten Tomatoes, Google dan Wikipedia.

Menerusi 3 laman web paling diyakini ramai di internet, Thanos yang dilakonkan oleh Josh Brolin dalam berjaya mengumpul skor terbanyak bagi menggelarkan diri sebagai watak villain paling popular di dunia menewaskan watak villain popular yang lain terdiri daripada Darth Vader (David Prowse), Joker (Heath Ledger), Lord Voldemort (Ralph Fiennes), Kylo Rent (Adam Driver) dan Hannibal Lecter (Anthony Hopkins). Sampai sekarang ada lagi rasa gerun nak tengok muka Anthony Hopkins tapi kini dah ada pengganti, Mads Mikkelsen.

Dorang ada kongsikan gak data pencarian Thanos yang lebih mendalam diasingkan mengikut negara termasuk lah Malaysia yang mengumpul sebanyak 141,000 carian di Internet, lebih banyak berbanding Singapura, Taiwan, Thailand dan Korea Selatan. Thanos yang setiap kali muncul secara mengejut dalam siri filem terawal Marvel Cinematic Universe, akhirnya membuat kemunculan sepenuhnya dengan sifat villain yang berjaya membuatkan penonton merah mata, menggenggam penumbuk menerusi filem Avengers: Infinity War yang ditayangkan pada tahun 2018 dan kemunculan terakhir selepas ditamatkan riwayat dalam filem Avengers: Endgame pada tahun 2019.

Selepas filem Avengers: Infinity War ditayangkan, sebuah forum diwujudkan khas di laman web Reddit menerusi “/r/thanosdidnothingwrong” yang didedikasikan untuk berkongsi teori dan meme mengenai Thanos menjadi viral apabila separuh daripada subscriber secara tiba-tiba “dibanned“, kejadian yang diinspirasikan daripada babak Thanos memetik jari di penghujung filem Avengers: Infinity War. Salah satu teori yang dilaungkan oleh pengikut “/r/thanosdidnothingwrong“, kalau melihat dari sudut positif, tindakan Thanos menghapuskan separuh penduduk dunia memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan kemakmuran alam sekitar.

KATALAKI: Korang fahamkan la betul-betul caption Josh Brolin dalam posting kat Instagram tu. Penuh dengan kata-kata sinis. Masih lagi berperangai macam Thanos walaupun dalam media sosial. 

Last modified: 24 June 2020