Selepas filem Avengers: Endgame ditayangkan pada 24 April 2019, ramai lagi yang masih boleh berdiri bulu roma bila tengok balik babak “Avengers, Assemble!” yang dilaungkan oleh Captain America sambil memegang penukul sakti Thor yang dikenali sebagai Mjölnir. Kalau korang dah lama tak tengok atau lupa babak yang mana satu, layan video kat bawah ni jap.
The now-iconic “Avengers… assemble” scene from #AvengersEndgame has now been officially-released in HD: pic.twitter.com/vrOv9z1E9p
— MCU Direct (@MCU_Direct) July 20, 2019
Buat masa ni, filem Avengers: Endgame dah pun berjaya menang beberapa anugerah antaranya 3 anugerah di MTV Movie & TV Awards 2019, 4 anugerah di Teen Choice Awards 2019 dan 6 anugerah di Saturn Awards 2019.
Producer Anthony Russo accepts the Best Movie award for ‘Avengers: Endgame’ from Tessa Thompson during the 2019 MTV Movie and TV Awards
More 📸 #MTVAwards Show 👉 https://t.co/YcyE6hZhtq#MTV #TessaThompson #AnthonyRusso pic.twitter.com/Ue1xOmXbLj
— Getty Images Entertainment (@GettyVIP) June 18, 2019
Disebabkan akal manusia yang semakin bijak dan kreatif, dibantu pula dengan kemudahan teknologi, sekarang ni semakin ramai yang cuba menghasilkan parodi babak “Avengers, Assemble!” di media sosial. Ini antara pengguna media sosial yang dah muat naik video dorang memparodikan babak “Avengers, Assemble!” secara kreatif.
Abengarz.mp4 pic.twitter.com/nJeuZjRNVI
— Joshua SALVA (@JoshuaSaIva) September 25, 2019
“AVENGERS!!! ….. assemble.” pic.twitter.com/SN77vzYIE1
— Vicky bishy (@hyeocakee) July 16, 2019
Yang terbaru, atlet penerjun dari Great Britain yang pernah menang pingat emas di Olimpik pada tahun 2016, Jack Laugher pun terpanggil untuk buat parodi “Avengers, Assemble!“. Setakat ni dah mencecah lebih daripada 6 juta tontotan kat Twitter.
Avengers assemble pic.twitter.com/x8ty5ChNWe
— Jack Laugher (@JackLaugher) October 6, 2019
Kalau korang tak faham cara posing yang ditunjukkan dalam video parodi Jack Laugher tu melambangkan superhero yang mana satu, tak yah pening-pening. Jack Laugher siap terangkan susunan satu per satu.
In order @JackLaugher Dr strange, @danngoodfellow Cptn America, @JamesHeatly Spider-Man, @mattydiver Ironman, @YonaKW black panther, @_LucasThomson_ Hawkeye, Noah Williams Thor 🦸🏼♂️😄
— Jack Laugher (@JackLaugher) October 7, 2019
Tapi, video yang bawah ni tetap menjadi personal favourite kami.
AVENGERS ASSEMBLE pic.twitter.com/UVAPsfiSO7
— SAM BRABO (@SoutAmericMemes) September 16, 2019
KATALAKI: Kat Malaysia macam tak nampak lagi ada yang buat parodi ni. Ke dah ada?