Parodi Ketawa Joker Guna Suara Jejoker

Sembang

Kalau korang dah tengok filem Joker, majoriti mesti masih lagi terpegun dengan kehebatan dan keseraman cara ketawa yang dilakukan oleh Joaquin Phoenix untuk melakonkan watak Joker. Cuba la korang buat ketawa macam tu. Boleh jadi seram macam Joaquin Phoenix?

Setakat ni, filem Joker dah pun berjaya memecahkan bermacam-macam rekod box office di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Penangan filem Joker ni sudah pastinya dibawa ke media sosial selepas mula ditayangkan seluruh dunia bermula 3 Oktober 2019. Ada yang puji mutu lakonan Joaquin Phoenix, ada yang mempertikaikan isu yang dibangkitkan dalam filem Joker, ada yang mengkaji dengan lebih mendalam apa yang cuba disampaikan oleh pengarah dan pelakon dan ada gak yang tiba-tiba mengaku dirinya selalu disakiti sehingga suatu hari nanti boleh berubah jadi macam Joker.

Tapi, apa yang paling menarik dan paling terbaru, ada pengguna media sosial yang menggunakan kreativiti untuk menghasilkan parodi ketawa yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix kat dalam filem Joker. Semuanya bermula selepas pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ryanheezy memuat naik video Joker ketawa tapi menggunakan suara pelakon Seth Rogen.

Selepas video parodi tersebut mencecah berjuta-juta tontonan, sekarang ni dah ada macam-macam versi parodi Joker ketawa yang kita boleh jumpa kat Twitter. Mari kita layan satu per satu.

KATALAKI: Video mana satu yang berjaya buat korang tersengih?

Last modified: 14 October 2019