Pasport Paling Power Di Dunia

Sembang

Bermula 2 Januari 2019, kerajaan Malaysia dah tetapkan denda untuk kita semua, rakyat Malaysia yang selalu sangat hilang pasport. Bila nak bercuti luar negara baru la terhegeh-hegeh nak selongkar kat mana simpan pasport. Ada juga yang cari guna hidung. Padahal ada je kan tersimpan kat dalam almari seluar dalam tu. Tak pasal-pasal hidung yang kena.

Hilang kali pertama, denda RM 400. Kali kedua, RM 700 dan kali ketiga RM 1,200. Tu makan dia. Hilang juga kali keempat, rebus pasport tu, pastu minum, senang sikit nak ingat pasport letak kat mana hari tu.

Korang teringin tak nak tahu dalam banyak-banyak pasport kat dunia ni, pasport negara mana yang paling power? Menurut sumber daripada Henley Passport Index senarai terbaharu 2019, kehebatan pasport sesuatu negara tu dinilai melalui tahap travel-friendly pasport negara tersebut. Maksudnya, berapa banyak negara yang boleh dilawat menggunakan pasport negara tertentu tanpa menggunakan Visa. Jom kita tengok senarai top 10 pasport paling power di dunia kat bawah ni.

1. Jepun

Untuk dua tahun berturut-turut, Jepun dipilih sebagai pasport paling power di dunia disebabkan tahap travel-friendly yang tinggi. Pasport Jepun boleh akses 190 negara kat dunia ni tanpa menggunakan Visa. Power jepun power!

2. Singapura & Korea Selatan – 189 Negara

3. Perancis & Jerman – 188 Negara

4. Denmark, Itali, Finland & Sweden – 187 Negara

5. Luxembourg & Spain – 186 Negara

6. Belanda, Austria, Norway, Portugal, Switzerland, UK, & US – 185 Negara

7. Belgium, Kanada, Greece & Ireland – 184 Negara

8. Czech Republic – 183 Negara

9. Malta – 182 Negara

10. Australia, Iceland & New Zealand – 181 Negara

12. Malaysia – 179 Negara

Dekat website Henley Passport Index, korang boleh check banyak lagi ranking passport serata dunia.

KATALAKI: Korang yang kaki travel tu negara mana je tak pernah pergi lagi?

Last modified: 10 May 2019