Pasukan Bakal Juara Piala Malaysia 2019

Aktif, Bola

Setakat artikel ni disiarkan pada 26 September 2019, 4 perlawanan dah pun berlangsung dalam saingan Piala Malaysia 2019 iaitu perlawanan suku akhir pertama yang melibatkan 8 pasukan. Mari kita tengok pasukan mana yang ada kelebihan melalui agregat gol setakat ni.

Image Via : twitter.com/MFL_MY

Nampaknya Pahang selesa bawa bekalan 3 gol untuk perlawanan suku akhir kedua di Melaka nanti. Setakat ni, Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi merupakan penjaring terbanyak untuk pasukan Pahang dalam Piala Malaysia 2019.

Selangor pula terpaksa bekerja keras untuk menutup pintu gol dan mencari gol penyelamat di Stadium Shah Alam nanti untuk layak ke peringkat separuh akhir.

Image Via : twitter.com/MFL_MY

Salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia 2019 iaitu JDT berjaya menang tipis untuk bawa bekalan 1 gol di tempat lawan selepas menewaskan Terengganu FC di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, Kuala Terengganu. Setakat ni, JDT tak pernah lagi kalah dalam semua perlawanan Piala Malaysia 2019.

Tapi JDT tak boleh nak selesa sangat dengan bekalan satu gol di tempat lawan tu. Korang ingat lagi apa yang berlaku masa Piala Malaysia 2018? Terengganu FC berjaya tewaskan JDT dengan kelebihan gol di tempat lawan dalam perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung diย Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Kedah pula berjaya membenam PKNP dengan jaringan 1-2 di Stadium Perbandaran Manjung sekaligus berjaya memadam rekod tanpa kalah sebanyak 9 perlawanan yang dicatat oleh PKNP sebelum ni di halaman sendiri. Jenuh gak PKNP nak bertandang ke Stadium Darul Aman nanti sebab Kedah dah berjaya tapau 2 gol di tempat lawan untuk bawa balik ke perlawanan suku akhir kedua nanti.

Image Via : twitter.com/MFL_MY

Ini jadual perlawanan suku akhir kedua yang dah confirmed setakat ni.

KATALAKI: Buat masa ni, MFL belum lagi keluarkan jadual perlawanan separuh akhir pertama dan kedua.

Last modified: 27 September 2019