Pasukan Bola Sepak Paling Bernilai Tahun 2019

Aktif, Bola

Baru-baru ni, Forbes ada keluarkan senarai terbaru pasukan bola sepak paling bernilai untuk tahun 2019. Penilaian tersebut berdasarkan nilai penajaaan, aktiviti komersial, hak siaran TV dan juga nilai pendapatan yang diperolehi daripada setiap kejohanan yang disertai oleh setiap pasukan. Mari kita tengok team kegemaran korang berada di kedudukan ke berapa.

Untuk tahun 2019 ni, Real Madrid merupakan pasukan bola sepak paling bernilai mendahului pasukan bola sepak ternama Eropah yang lain. Real Madrid dinilai oleh Forbes sebagai pasukan bola sepak paling bernilai tahun 2019 disebabkan kejayaan Real Madrid menjadi juara selama 3 musim berturut-turut dalam kejohanan UEFA Champions League dari tahun 2016 sehingga 2018 dan tajaan terbaru yang diterima daripada adidas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Real Madrid C.F. (@realmadrid) on

Pada tahun 2018, Manchester United merupakan pasukan bola sepak paling bernilai. Tapi untuk 2019, kedudukan Manchester United jatuh di tempat ketiga di belakang Barcelona yang berada di tempat kedua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Manchester United (@manchesterunited) on

Pasukan gergasi dari Jerman, Bayern Munich pula berada di tempat keempat meninggalkan Manchester City dan Chelsea yang berada di tempat kelima dan keenam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FC Bayern MΓΌnchen (@fcbayern) on

Dalam senarai 10 pasukan bola sepak paling bernilai untuk tahun 2019 yang dinilai oleh Forbes, 6 pasukan merupakan pasukan yang bersaing dalam Premier League, 2 pasukan daripada La Liga, 1 pasukan daripada Bundesliga dan 1 pasukan daripada Serie A. Ini senarai penuh 10 pasukan bola sepak paling bernilai untuk tahun 2019.

Image Via : realmadrid.com

KATALAKI: Kalau team yang korang sokong tu takde dalam senarai, faham-faham je laa.

Last modified: 25 July 2019