Pasukan Bola Sepak Yang Rajin Ber”TikTok”

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Impak yang diberikan oleh aplikasi TikTok bukan je memberi kesan kepada pelajar sekolah, kakak-kakak pejabat atau mak cik-mak cik yang tengah lipat kain kat rumah, tapi juga memberi impak kepada semua manusia di seluruh dunia termasuk lah pasukan bola sepak.

Impak tu maknanya, ada pasukan bola sepak ternama dunia yang dah mula berjinak-jinak dengan TikTok untuk membolehkan penyokong terus berinteraksi dengan pasukan tersebut di alam maya. Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube tak cukup. Kena gak ada TikTok.

Korang cuba la teka, pasukan bola sepak mana satu yang dah berjaya mengumpul followers sebanyak 1 juta? Kiranya pasukan ni antara yang terawal popular kat TikTok. Mula mencipta akaun TikTok pada bulan Julai 2019, Barcelona merupakan pasukan bola sepak pertama yang berjaya memiliki followers sebanyak 1 juta kat TikTok. Sekarang dah lebih 2 juta dah pun.

Bukan semua pasukan bola sepak ternama yang dah ada TikTok. Mungkin ada lagi pasukan yang belum nampak lagi peluang promosi dan pemasaran menerusi aplikasi yang semakin digilai ramai oleh semua manusia yang tinggal di bumi. Kami dah cuba cari kalau pasukan bola sepak paling ternama di Malaysia iaitu JDT dah ada akaun TikTok. Malang sekali, takde. Tak sabar gak kita nak tengok tahap kreativiti daripada pasukan-pasukan Liga Super Malaysia kat TikTok nanti. Ini antara pasukan bola sepak ternama dunia yang dah ada TikTok, yang kami berjaya jumpa.

LIVERPOOL

Liverpool merupakan pasukan Premier League yang pertama mewujudkan TikTok untuk tatapan pengguna alam maya. Sejak mula ber”TikTok” pada bulan May 2019, Liverpool menjadi pasukan Premier League pertama yang berjaya mengumpul followers sebanyak 1 juta kat TikTok pada bulan November 2019.

INTER MILAN

@interWhen you’re ready to… play! 🎭➡️⚽️ #eriksen #football #inter #foryou♬ suono originale – inter

Kalau kat Serie A, Itali, Inter Milan merupakan pasukan bola sepak pertama yang mencipta akaun TikTok. Malang sekali, belum lagi berjaya mengumpul followers sebanyak 1 juta. Pelan-pelan kayuh.

BAYERN MUNICH

Bayern Munich bukan pasukan pertama yang ada TikTok. Pasukan pertama yang mewujudkan akaun TikTok di Bundesliga, Jerman adalah Borussia Dortmund. Tapi, Bayern Munich yang terlebih dahulu berjaya mengumpul 1 juta followers kat TikTok. Borussia Dortmund jauh lagi tertinggal kat belakang.

PARIS SAINT-GERMAIN

@psgFirst post / Notre premier post Bienvenue Abdou Diallo ! #encascade #ICICESTPARIS #AllezParis #PSG♬ son original – psg

Hari pertama PSG melancarkan akaun TikTok berlaku pada hari yang sama pemain baru PSG diumumkan iaitu Abdou Diallo yang dibeli daripada Borussia Dortmund. Dalam video TikTok pertama PSG yang korang boleh tengok kat atas tu, Abdou Diallo diperkenalkan sebagai pemain baru PSG di penghujung video.

KATALAKI: Kebanyakan pasukan bola sepak yang ada akaun TikTok ni bertujuan untuk tackle golongan muda. Kalau korang dah ada akaun TikTok, maknanya korang muda lagi la tu.

Last modified: 7 February 2020