Pasukan Esport Terkenal Nak Tubuhkan Team Apex Legends!

Game, Tech

Korang dah try belum main Apex Legends? Aku ni daripada tak minat game-game battle royale terus sangkutlah main game ni. Berapa banyak kill dah korang dapat? Sebab kalau korang rasa korang hebat, ini ada satu esport team terkenal tengah nak cari player Apex Legends untuk join team terbaru dorang!

Korang mesti kenal team Fnatic kan? Hah kalau korang nak tahu, doranglah yang tengah sibuk cari playerplayer terhebat Apex Legends untuk join team dorang. Team esport yang ditubuhkan dari tahun 2004 ini memang terkenal satu dunia. Lagi-lagi dalam permainan video CS:GO, Dota 2, Fortnite dan banyak lagi.

Melalui satu posting terbaru mereka di Facebook Page rasmi Fnatic, Mereka sedang memasang niat untuk menubuhkan team terbaru untuk permainan video battle royale yang tengah meletup sekarang ini iaitu Apex Legends.

Mereka telah membuka pendaftaran kepada semua pemain tak kiralah dari negara mana sekali pun. Antara soalan-soalan yang ditanya didalam borang pendaftaran mereka adalah Legends mana yang korang paling handal main.

Kalau korang berminat nak jadi esport player sepenuh masa dan korang rasa korang dah handal sangat main Apex Legends, apa kata korang cuba nasib untuk join team Fnatic ini. Kalau ada rezeki bolehlah korang buat duit sambil buat benda yang korang suka iaitu main game haha!

Bagi yang berminat, korang boleh klik di SINI dan isi borang pendaftaran cepat-cepat. Aku yakin mesti ramai gila orang yang akan mendaftar, so tunggu apa lagi pergilah klik cepat!

KATALAKI: Rasa macam nak join tapi aku noob huhuhu…

Last modified: 16 February 2019