Pasukan Indonesia Julang Piala PMCO Global Final!

Game, Tech

PMCO GLOBAL 2019

Pada minggu lepas, satu kejohanan untuk permainan video PUBG Mobile telah berlangsung Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Sebanyak 16 pasukan daripada 10 regions telah berkumpul di Malaysia bagi merebut gelaran juara PUBG Mobile Club Open (PMCO) dan membawa pulang prize pool berjumlah USD500,000!

Berikut merupakan 16 pasukan yang bertanding dalam PMCO 2019 tahun ini:

  • Cloud9 (AMERIKA UTARA)
  • ILLUMINATE THE MURDER (THAILAND)
  • TEAM UNIQUE (EROPAH)
  • TEAM QUESO (AMERIKA SELATAN)
  • RRQ ATHENA (THAILAND)
  • TEAM SOUL (INDIA)
  • ENTITY GAMING (INDIA)
  • KURD SQUAD (KURDISTAN)
  • YOODO GANK (MALAYSIA)
  • TOP ESPORTS (CHINA)
  • EGC KR BLACK (KOREA)
  • ARG WISTARIA (JAPAN)
  • UNICORNGAMING (TAIWAN)
  • BIGETRON RA (INDONESIA)
  • MEGA CONQUEROR (THAILAND)
  • ORANGE ESPORTS CG (KEMBOJA)

Bagi kejohanan tahun ini, terdapat beberapa pasukan yang dijangkakan akan membawa pulang piala kejohanan contohnya pasukan Mega Conqueror dari Thailand dan juga pasukan Bigetron RA dari Indonesia. Pasukan dari Malaysia iaitu Yoodo Gank juga dijangkakan akan memberi persaingan yang hebat kepada semua pasukan.

Namun pada hari pertama lagi, peminat-peminat permainan video PUBG Mobile sudah boleh tahu pasukan mana akan menjulang piala apabila pasukan dari Indonesia iaitu pasukan Bigetron Red Alien (Bigetron RA) mula mengganas! Pasukan ini merupakan pasukan pertama yang berjaya mendapat Chicken Dinner. Pada hari pertama, pasukan ini telah memperolehi mata sebanyak 68 point tidak jauh meninggalkan pasukan Team Queso yang juga mendapat Chicken Dinner dengan mata sebanyak 60 point.

Dan pada hari kedua, pasukan Bigetron RA sekali menunjukkan yang mereka akan pastikan piala PMCO menjadi milik mereka apabila mereka berjaya menamatkan hari kedua dengan tiga Chicken Dinner dan mata sebanyak 211. Mereka telah jauh meninggalkan lain yang mana pasukan ditempat kedua iaitu TOP Esports cuma mampu mengakhiri hari kedua dengan mata sebanyak 128 point dengan dua Chicken Dinner.

Pada hari ketiga, pasukan Bigetron RA nampaknya selesa berada ditempat pertama dan menunjukkan permainan yang lebih santai berbanding hari pertama dan kedua. Mungkin kerana mereka tahu pasukan lain tidak dapat mengejar mereka, mereka cuma perlukan satu Chicken Dinner sahaja untuk hari terakhir dan ini telah menjadikan mereka juara untuk PMCO 2019! Pasukan ini telah membawa pulang hadiah utama berjumlah USD180,000 dan juga USD25,000 untuk lima Chicken Dinner yang mereka berjaya peroleh sepanjang tiga hari kejohanan PMCO ini berlangsung!

Tempat kedua telah dimenangi oleh pasukan dari China iaitu TOP Esports dan tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan dari Thailand iaitu Mega Esports. Manakala pasukan dari Malaysia terpaksa redha di tempat kesebelas yang mana membawa pulang hadiah berjumlah RM16,000.

LENOVO LEGION OF VALKYRIES

Pada minggu lepas juga, satu lagi pasukan dari Malaysia telah bertanding dalam kejohanan Lenovo Legion of Valkyries CS:GO. Pasukan tersebut adalah BAE.Sphynx yang kini dibawah Battle Arena seperti yang aku laporkan di SINI. Pasukan wanita terkenal tanah air ini telah bertembung dengan pasukan Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Filipina, Thailand, Vietnam dan juga Indonesia bagi merebut prize pool sebanyak USD18,500!

Pemenang untuk kejohanan ini akan berpeluang untuk bertanding di Legion of Valkyries Grand Final yang mana akan berlangsung di Pantip Plaza, Bangkok, Thailand. Pemenang untuk kejohanan Legion of Valkyries Grand Final ini akan membawa pulang USD5,000, USD3,000 untuk tempat kedua, USD2,000 untuk tempat ketiga dan USD1,000 untuk tempat keempat. Pemenang juga akan membawa pulang lima Legion Y540 Laptop yang bernilai USD1,500 setiap satu.

Pada pembukaan perlawanan Lenovo Legion of Valkyries Region 2, pasukan daripada Malaysia ini telah menang bergaya apabila berjaya menjatuhkan pasukan Vietnam dengan mata 2-0. Mereka kemudiannya berjaya menjatuhkan pasukan daripada Thailand iaitu Illuminte.eSports dengan mata 2-0 dan melayakkan mereka terus ke peringkat Semi Final. Bertembung dengan pasukan daripada Singapura iaitu Rising 5 tidak membuatkan pasukan daripada Malaysia ini gentar. Sekali lagi mereka berjaya memperoleh mata penuh 2-0.

Pada peringkat final, sekali lagi pasukan dari Malaysia ini bertembung dengan pasukan dari Thailand iaitu Illuminte.eSports. Namun kali ini nampaknya pasukan dari Thailand ini sudah faham dan tahu setiap gerak-geri gameplay yang pasukan BAE.Sphynx ini persembahkan. Kemenangan berturut-turut pasukan BAE.Sphynx ini nampaknya berakhir apabila mereka tewas dengan pasukan Illuminte.eSports dan terpaksa redha dengan tempat kedua. Ini telah membuatkan dari Thailand ini berjaya mara Grand Final Lenovo Legion of Valkyries yang mana akan berlangsung pada bulan ini di Thailand.

KATALAKI: Mari kita doa Esports team/players kita yang bertanding di Sea Games 2019 dapat membawa pingat emas!

Last modified: 2 December 2019