Pasukan Malaysia Ke Acer APAC Predator League Grand Final!

Game, Tech

Dari 15 Feb sehingga 17 Feb 2019, Acer akan mengadakan Asia Pacific Predator League 2019 eSport tournament yang bakal dilangsungkan di Bangkok National Stadium, Nimiburt Sport Building.

Terdapat 26 esport team dari Asia Pasific yang terpilih untuk bertanding didalam pertandingan ini dan mereka semua akan berentap untuk merebut prize pool sebanyak USD250,000 di peringkat grand finals. Terdapat tiga team dari Malaysia yang layak kesana dan tiga team tersebut adalah Team Asbol, Lotac dan Geek Fam.

Team Asbol, Lotac dan Geek Fam

Kesemua team akan disambut dengan special opening ceremony yang berlangsung pada hari esok yang menampilkan mini concert daripada kumpulan idol popular daripada Thailand iaitu BNK48. Terdapat juga Case Mode Showcase daripada pakar modders Thailand.

Terdapat dua permainan video yang dipertandingkan iaitu PUBG dan juga DOTA2. Sebelum ini, 3,530 teams dari 16 negara seluruh Asia Pacific telah bertanding di peringkat awal dan hanya 26 team sahaja yang layak ke peringkat Grand Finals. Negara-negara yang bertanding adalah seperti Malaysia, Singapore, Hong Kong, Macau, Philippines, Thailand, Vietnam, Indonesia, India, Korea, Taiwan, Japan, Sri Lanka, Mongolia, Myanmar dan juga Australia.

Berikut merupakan 25 team yang bakal bertanding untuk permainan video PUBG dan DOTA2 bagi Acer APAC Predator League Grand Final 2019:

DOTA2

  • Alpha Red
  • Flash Gaming
  • X
  • PnXIINDOMIYUS
  • YG
  • LOTAC
  • GEEKFAM
  • TNC Predator
  • SIGNIFY
  • Boom.ID

PUBG

  • SIGNATURE, PURPLE MOOD, PINTO GAMING, MITH
  • TAG
  • SUNSISTER SUICIDER’S
  • AYSON Esports
  • GAMEHOME Esport
  • ASBOL
  • GSSM
  • MP5
  • TEAM IMMUNITY
  • ArkAngel
  • Aerowolf, TeamEight
  • Afreeca Freecs Fatal
  • Raptors

Untuk mendapatkan info dan menyaksikan Asia Pacific Predator League 2019 Live Streaming korang boleh check out di Facebook page rasmi mereka di SINI.

KATALAKI: Harap-harap team Malaysia dapat tapau semua!

Last modified: 15 February 2019