Pasukan Underdog Yang BERANI Mencabar Liga Eropah 2020

Aktif, Bola

Perkataan underdog selalunya digunakan untuk seorang individu atau sebuah pasukan yang dijangka akan kalah dalam pertandingan yang disertai oleh individu atau pasukan tersebut. Jadi, kali ni kami nak ceritakan mengenai beberapa pasukan underdog yang mampu untuk mencabar pasukan-pasukan ternama di liga bola sepak Eropah.

SERIE A

Kalau sebut je pasal Serie A, ramai yang akan terus terfikir Juventus, A.C. Milan, Inter Milan atau AS Roma. Tapi untuk musim 2019/20, Serie A digegarkan oleh sebuah pasukan yang kini semakin berani untuk mencabar pasukan-pasukan yang lebih ternama di Itali iaitu Lazio.

 

View this post on Instagram

 

MONDAY πŸ†š ME #MondayMotivation #CMonEagles πŸ¦…

A post shared by S.S. Lazio (@official_sslazio) on

Lazio yang berpangkalan di bandar Rome, Itali, berada di tempat ke-3 dalam Serie A setakat ni, hanya berbeza 1 mata dengan Juventus dan Inter Milan yang berada di puncak liga selepas 23 perlawanan. Ada baki lagi 15 perlawanan sebelum tamat saingan Serie A untuk musim 2019/20.

Takde siapa yang menjangkakan Lazio mampu untuk mengejar Juventus dan Inter Milan yang dibarisi oleh pemain-pemain ternama dunia. Salah satu sebab kenapa Lazio beraksi dengan cemerlang musim ni adalah disebabkan penyudah yang berbisa daripada Ciro Immobile, penjaring terbanyak di Serie A setakat ni.

 

View this post on Instagram

 

πŸ‘‘πŸ‘‘πŸ‘‘

A post shared by S.S. Lazio (@official_sslazio) on

LA LIGA

Korang pernah dengar nama Getafe sebelum ni? Baru 3 musim kembali melonjak untuk beraksi di La Liga sejak tahun 2017, Getafe sekarang ni berada di tempat ke-3 dalam La Liga, di belakang Barcelona dan Real Madrid yang berada di tempat ke-2 dan pertama.

Takde langsung pemain ternama yang beraksi dengan Getafe sekarang ni. Semua pemain-pemain Getafe kurang dikenali tapi boleh gak bagi cabaran kepada pasukan ternama Sepanyol antaranya Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid. Kalau Getafe mampu untuk kekal berada di kedudukan 4 teratas La Liga sampai tamat musim 2019/20, Getafe bakal mencipta sejarah baru, kali pertama beraksi di pentas UEFA Champions League.

PREMIER LEAGUE

Baru je layak untuk beraksi di Premier League pada tahun 2019, Sheffield United dah berjaya menakutkan beberapa pasukan ternama dan popular di England, sekarang ni berada di tempat ke-5 dalam Premier League.

Kali terakhir Sheffield United bersaing dalam Premier League adalah pada 12 tahun lepas, tahun 2006. Lama sangat hilang daripada Premier League. Masa zaman dulu, Sheffield United merupakan pasukan bola sepak ternama gak kat England. Sheffield United pernah jadi juara Football League First Division pada tahun 1898, sebelum Premier League wujud.

Kini, selepas saham Sheffield United dibeli oleh putera Arab Saudi, Abdullah bin Musa’ad bin Abdulaziz Al Saud pada tahun 2013, Sheffield United mula dibentuk untuk menjadi salah satu pasukan yang digeruni oleh pasukan-pasukan popular di Premier League. Takde pemain ternama dunia dalam skuad utama, tapi Sheffield United ada seorang penjaga gol muda berbakat yang dipinjam daripada Manchester United, Dean Henderson, merupakan salah seorang daripada 3 orang penjaga gol yang paling banyak mencatat clean sheetΒ di Premier League buat masa ni.

KATALAKI: Kalau dalam liga bola sepak ada pasukan yang mampu mencabar pasukan yang dijangka untuk jadi juara setiap musim, baru la liga semakin meriah dan kita sebagai penonton bola sepak pun sedap tengok.

Last modified: 12 February 2020