Pasukan Yang Dah Confirmed Layak Ke Champions League 2019/20

Aktif, Bola

Dah habis musim bola sepak liga Eropah maknanya kita dah boleh tahu siapa yang akan bermain dalam UEFA Champions League 2019/20 nanti. Tahniah kepada pasukan Chelsea sebab berjaya menang piala Europa League  2018/19 menewaskan Arsenal dan secara automatik layak untuk bersaing dalam Champions League 2019/20 nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chelsea FC (@chelseafc) on

Setakat ni ada 26 pasukan yang dah memang confirmed layak bertanding dalam Champions League 2019/20. Jumlah pasukan yang akan bertanding dalam peringkat kumpulan Champions League 2019/20 nanti ialah sebanyak 32 pasukan. Maknanya ada 6 slot lagi yang akan diisi melalui perlawanan kelayakan.

Pasukan Mana Yang Dah Layak?

Setiap musim, ada undang-undang atau pun syarat yang ditetapkan oleh UEFA untuk menentukan pasukan mana yang akan layak secara automatik ke peringkat kumpulan Champions League. Syaratnya korang boleh tengok kat bawah ni.

Image Via : Wikipedia

Bawah ni association ranking untuk Champions League 2019/20 bagi menentukan pasukan daripada negara Eropah mana yang boleh layak secara automatik ke peringkat kumpulan Champions League 2019/20.

Image Via : Wikipedia

Disebabkan Liverpool dan Tottenham Hotspur dah memang layak untuk bersaing dalam Champions League 2019/20 selepas Liverpool berjaya dapat tempat ke-2 dan Tottenham Hotspur dapat tempat ke-4 dalam Premier League 2018/19 dan juga layak ke perlawanan akhir Champions League 2018/19, ada satu slot kosong yang akan diberikan kepada negara yang memiliki association ranking yang ke-11 iaitu juara liga domestik di negara Austria, RB Salzburg.

 

View this post on Instagram

 

C🏆A🏆M🏆P🏆E🏆O🏆N🏆E🏆S🏆

A post shared by FC Red Bull Salzburg (@fcredbullsalzburg) on

Situasi yang sama terjadi kepada Chelsea yang dah memang layak ke Champions League 2019/20 selepas berjaya menamatkan musim Premier League 2018/19 di tempat ke-3 dan menang Europa League 2018/19, satu slot kosong akan diberikan kepada pasukan yang berjaya dapat tempat ke-3 dalam liga domestik Perancis iaitu pasukan Olympique Lyonnais.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Olympique Lyonnais (@ol) on

So, ini senarai penuh 26 pasukan yang dah layak secara automatik ke peringkat kumpulan UEFA Champions League 2019/20.

Image Via : uefa.com

KATALAKI: Korang rasa boleh lagi ke pasukan daripada Premier League layak ke final untuk Champions League 2019/20 nanti?

Last modified: 31 May 2019