Pasukan Yang Dimiliki Oleh Legenda Manchester United

Aktif, Bola, ZeKool

Selain menjadi pengurus atau ketua jurulatih pasukan, impian lain yang diidamkan oleh pemain atau peminat sukan bola sepak adalah memiliki sebuah pasukan bola sepak yang mampu bersaing di peringkat tertinggi. Ini yang berlaku kepada pemain legenda yang pernah berjuang bermati-matian untuk pasukan Manchester United.

 

View this post on Instagram

 

Unbeaten On the Roof! Anyone fancy taking us on ⚽️👹

A post shared by Gary Neville (@gneville2) on

Terdiri daripada 6 orang bekas pemain bola sepak yang pernah dipimpin oleh Sir Alex Ferguson di Manchester United antaranya David Beckham, Paul Scholes, Gary Neville, Phil Neville, Nicky Butt dan Ryan Giggs, masing-masing mempunyai pegangan saham sebanyak 10% di dalam pasukan yang berpangkalan di Manchester iaitu Salford City.

Sejarah baru yang dicipta oleh legenda Manchester United berlaku pada tahun 2014 apabila Paul Scholes, Gary Neville, Phil Neville, Nicky Butt dan Ryan Giggs mengambil alih pasukan Salford City selepas masing-masing berjaya memiliki 10% saham Salford City dan saham selebihnya dimiliki oleh jutawaan dari Singapura iaitu Peter Lim yang juga merupakan pemilik pasukan Valencia yang beraksi di liga bola sepak Sepanyol.

Pada tahun 2019, seorang lagi legenda Manchester United iaitu David Beckham berjaya memperoleh 10% saham daripada Peter Lim. Ini bermakna, 6 orang legenda Manchester United yang digelar sebagai The Class of 92′ mempunyai majoriti pegangan saham Salford City iaitu sebanyak 60% dan Peter Lim sebanyak 40%.

Sejak Salford City diambil alih oleh legenda Manchester United dan Peter Lim, dah banyak gak perubahan dan peningkatan yang berlaku kepada Salford City antaranya membina semula stadium rasmi Salford City, Moor Lane yang kini menggunakan nama baru iaitu Peninsula Stadium, mencapai standard yang ditetapkan oleh liga bola sepak Inggeris.

 

View this post on Instagram

 

👋🏼 We are delighted to announce @peninsula_uk as a new major sponsor! #ThePeninsulaStadium

A post shared by Salford City FC (@salfordcityfc) on

Yang terbaru, pasukan Salford City berjaya melonjak ke English Football League Two, pertama kali dalam sejarah selepas menjadi juara untuk National League musim 2018/2019.

Info penting untuk korang faham mengenai liga bola sepak Inggeris, English Football League Two berada di tangga ke-4 dalam sistem liga bola sepak Inggeris, seterusnya English Football League One, English Football League Championship dan tangga teratas atau tahap tertinggi adalah Premier League.

 

View this post on Instagram

 

‪Good evening from The Peninsula Stadium! 👋

A post shared by Salford City FC (@salfordcityfc) on

Legenda Manchester United menjangkakan pasukan Salford City akan bersaing di peringkat English Football League Championship dalam masa 15 tahun. Tak sabar gak nak tunggu Salford City berjaya layak ke Premier League suatu hari nanti.

KATALAKI: Duit banyak apa ada hal beli kelab bola sepak.

Last modified: 16 January 2020