7 Fakta Filem Seram 7ujuh!

Sembang

Jika korang peminat filem genre seram, pastinya filem local seram berjudul 7ujuh sudah pun terletak dalam list of movies yang korang kena tengok kat wayang. Filem seram ke-2 arahan Cinematographer tersohor, Raja Mukhriz. Antara tarikan menarik filem ini ia dijayakan oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Johan As’ari, Cristina Suzanne, Marsha Milan, Pekin Ibrahim, Siti Saleha, Aeril Zafrel dan ramai lagi.   

Filem 7ujuh mengisahkan kisah tragik dimana 7 orang sahabat yang mengadakan parti disebuah rumah banglo diatas bukit. Mereka meminta Suri, anak Tok Batin yang selama ini menjaga banglo itu bersama bapanya untuk membantu mereka menghidangkan minuman kepada tetamu, namun parti bertukar liar dan sesuatu yang tidak diduga terjadi kepada Suri.

Sebelum korang layan filem seram 7ujuh yang dah start tayang kat seluruh pawagam kat serata Malaysia ni. Meh sini baca 7 fakta yang korang perlu tahu sebelum layan filem 7ujuh. Jangan risau, kitorang tak bagitau spoiler. 

1. Filem 7ujuh ini menampilkan 8 pelakon lelaki & wanita yang hebat.

2. Walaupun ada 8 pelakon-pelakon hebat, 7 daripada 8 pelakon tersebut merupakan mangsa kepada 1 hantu yang menghantui hidup mereka.

3. Filem Tujuh merupakan filem debut Raja Mukhriz sebagai director.

4. Antara watak yang harus diambil perhatian adalah watak “Tina” yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Tina merupakan gadis yang mempunyai minat yang “berbeza”. Apa yang berbeza tu ek? Hhmmm…

5. Memegang watak lead, 7ujuh merupakan filem ke-11 lakonan Johan As’ari. 

6. Filem 7ujuh adalah filem ke-30 pelakon Pekin Ibrahim. Pekin Ibrahim memegang watak sebagai Mus.

7. Rindukan lakonan Faizal Hussein? Nak tengok gaya Polis zaman 70an? Ya dan ya, Faizal Hussien jugak ada dalam filem 7ujuh ini yang memegang watak sebagai Inspektor Azmi.

Disebabkan nama filem ni pun 7ujuh, maka 7 fakta je lah yang Thelaki nak share kat korang. Kalau korang dah tengok, cer tulis pendapat korang tentang filem ni. Seram tak seram? Apa yang best, apa yang tak best.

KATALAKI: Tahap seram citer dia sampai aku kena tengok ceiling memanjang…

Last modified: 17 November 2018