Payung Teduh Cipta OST Filem Disney

Sembang

Bersempena dengan filem terbaharu Disney’s “Ralph Breaks The Internet: Wreck-it-Ralph 2”, lagu berjudul “Sebuah Lagu” daripada band Indonesia Payung Teduh telah dipilih sebagai salah sebuah original soundtrack untuk filem antarabangsa ini.

Bila sebut saja band Payung Teduh, mungkin bro-bro yang layan lagu-lagu scene hipster mahupun indie akan kenal sangat dengan band ni. Kalau yang tak berapa kenal tu, mungkin korang pernah dengar lagu Payung Teduh yang berjudul “Akad” menjadi antara lagu wajib untuk video wedding masa kini.

Band Payung Teduh yang berasal dari Jakarta Indonesia, telah dipilih oleh The Walt Disney Company Indonesia untuk berkolaborasi sempena filem siri animasi ke-2 Wreck-It-Ralph. Dengan hasil kolaborasi ini, Payung Teduh merupakan band pertama di Asia Tenggara yang menciptakan lagu original soundtrack untuk filem keluaran Disney.

Bermula pada 16 November 2018, lagu “Sebuah Lagu” yang dicipta oleh Alejandro Saksakame telah menjadi sebahagian daripada lagu untuk soundtrack album dari filem “Disney’s Ralph Breaks The Internet: Wreck-It-Ralph 2”.

Untuk “Sebuah Lagu”, Payung Teduh turut menampilkan Marsya Ditia sebagai vokalis untuk lagu ini. Kalau korang nak tahu, Marsya sebenarnya merupakan manager untuk Payung Teduh. Fuhh payment double beb!

Yang lebih menarik, korang boleh saksikan video klip lagu “Sebuah Lagu” Payung Teduh di end-credit title filem “Disney’s Ralph Breaks The Internet: Wreck-It-Ralph 2”. Video klip khas ini hanya dapat disaksikan diseluruh panggung wayang Malaysia dan Indonesia. So dah habis tengok Wreck-It-Ralph 2, korang boleh layan pulak muzik video Payung Teduh.    

Ketika sidang media pengumuman kolaborasi Payung Teduh dan filem Wreck-It-Ralph 2. Thelaki diberi kesempatan untuk interview bersama Payung Teduh. Jom baca interview special Thelaki bersama Payung Teduh.

Thelaki: Apa perasan Payung Teduh bila dapat peluang untuk ciptakan lagu khas untuk filem antarabangsa keluaran Disney?

Payung Teduh: Kitorang pastikan lebih daripada seratus kali, is it real? Kitorang macam cubit diri kitorang semua. Untuk kami, kami rasa happy diberi penghormatan untuk peluang ini. Semua orang sukakan lagu-lagu daripada filem Disney. Kami rasa amat berbangga.

Thelaki: Ada tak reference daripada lagu-lagu filem Disney yang Payung Teduh gunakan untuk ciptakan “Sebuah Lagu”

Payung Teduh: Kami semua membesar dengan lagu-lagu filem Disney. Jadi ia adalah kerja mudah untuk kami ciptakan “Sebuah Lagu”.

Thelaki: Kalau dapat peluang untuk rakam semula lagu-lagu soundtrack filem Disney. Payung Teduh nak rakam semua lagu apa?

Payung Teduh: That’s a good question, hampir semua lagu soundtrack daripada filem Disney semuanya best dan sangat memorable. Banyak sekali!. Kalau diberi pilihan, Payung Teduh akan memilih lagu In The Jungle The Mighty Jungle, Can You Feel The Love Tonight, Colors of the Wind, Bell’s Of Notradame, Bells Of Notre Dame.

Thelaki: Untuk lagu “Sebuah Lagu”, apa kelainan yang Payung Teduh tampilkan?    

Payung Teduh: Tentunya, Marsya. Karena lagu-lagu Payung Teduh banyak dinyanyikan oleh penyanyi lelaki. Jadinya kali ini Payung Teduh tampilkan Marsya sebagai vokalis buat pertama kali untuk projek besar ini.

 

Filem Disney’s “Ralph Breaks The Internet: Wreck-It-Ralph 2” kali ini mengisahkan tentang adventure Ralph dan Vanellope apabila mereka terjumpa router wifi didalam dunia arked mereka. Filem ini dah pun boleh korang saksikan di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 November 2018.

KataLaki: Filem dah release, so korang boleh la bawak awek tengok wayang!

Last modified: 30 November 2018