PC Gaming vs Console Gaming – Mana Lebih Bagus?

Gadget, Tech

Cara kita bermain permainan video sudah berubah sejak dari zaman keluarnya permainan video Atari Pong, satu permainan video yang menyerupai Ping-Pong yang mana ketika itu boleh dikatakan satu ciptaan paling inovasi.

Kemudian pada tahun 1980, permainan video mula semakin rancak dan banyak gamegame yang menarik dikeluarkan ketika itu seperti Pac-Man dan Donkey Kong. Permainan video ini boleh dimainkan di Game Arcade dan juga dirumah. Selepas itu computer dan game console mula masuk ke pasaran tapi mana satu yang lebih bagus? Hari ini kita akan tengok apakah kelebihan yang ada pada Gaming PC dan juga Gaming Console.

Pada tahun 2018, pasaran global untuk permainan video menunjukkan industri permainan video mampu untuk mengaut keuntungan sebanyak USD82.44 billion. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Statistica, pasaran ini akan meningkat kepada USD90 billion menjelang tahun 2020.

Pasaran untuk Mobile Game sahaja pada tahun 2017 telah mencatatkan keuntungan sebanyak USD50 billion. Untuk pasaran Gaming PC dan Console Gaming pula, ia dilihat masih bersaing rapat yang mana PC Gaming mengaut keuntungan sebanyak USD32.3 billion manakala untuk Gaming Console pula sebanyak USD33.3 billion.

Negara-negara yang banyak menyumbang kepada keuntungan kedua-dua platform ini datangnya daripada negara China, Amerika Syarikat dan juga Jepun. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh MyGaming, terdapat sebanyak 1.8 billion gamer seluruh dunia pada tahun 2016 dan sebanyak 2.2 billion gamer pada tahun 2017.

Menurut laporan ini juga, ia menunjukkan lebih ramai orang memilih untuk bermain permainan video di Gaming PC berbanding dengan Gaming Console iaitu sebanyak 62% untuk PC dan 56% untuk Console. Manakala untuk Mobile Gaming pula mencatat peratusan sebanyak 35%.

Kalau korang rasa peratusan dia macam pelik, korang jangan risau. contohnya macam Console boleh dapat 56% sedangkan PC 62% adalah kerana ada diantara dorang yang main game di PC juga bermain permainan video di Console.

Jadi kenapa dorang lebih prefer main video game dekat PC berbanding Console? Salah satu sebab utama kenapa dorang memilih PC adalah kerana kuasa yang ada pada platform tersebut. Contohnya seperti PC, ia mempunyai pelbagai hardware yang mantap jadi graphic dan gameplay dia akan menjadi lebih bagus dan lebih lancar.

Satu lagi sebab kenapa dorang memilih PC adalah kerana PC mempunyai lebih banyak permainan video yang boleh dimainkan berbanding dengan Console dan boleh dikatakan harga untuk permainan video tersebut lebih murah berbanding game yang dijual untuk Console.

Kalau ikut pendapat aku, aku lebih prefer untuk gunakan gaming console. Contohnya sekarang aku ada Playstation 4 dan ada sebab kenapa aku memilih untuk beli dan gunakan PS4. Dulu aku juga lebih prefer untuk ada gaming PC sendiri tapi setiap kali game keluar, aku mesti akan tertanya-tanya.

Tertanya-tanya tentang apa? Aku tertanya-tanya sama ada game yang aku nak beli nanti boleh main atau tidak dekat Gaming PC aku. Adakah spec yang aku ada sesuai atau aku kena upgrade PC aku dulu supaya aku boleh main game yang aku pilih? Disebabkan asyik jumpa isu macam ini, aku terus pilih untuk main game dekat Console.

Berbanding dengan PC, dekat Console aku tak perlu tertanya-tanya sebab confirm game tersebut boleh main dekat PS4 aku. Cuma masalah dia adalah sama ada game tersebut dikeluarkan untuk console ataupun tidak sahaja. Tapi aku jarang jumpa masalah macam itu sebab mostly game yang aku minat memang akan keluar dekat Gaming Console.

Lagipun dekat PS4 sekarang, ada banyak AAA game yang bagus tapi PC tak ada. Contohnya seperti game Marvel SpiderMan, God of War dan juga Red Dead Redemption 2. Dengan gamegame exclusive seperti ini, aku rasa aku membuat pilihan yang bijak untuk main video game dekat Gaming Console berbanding Gaming PC.

KATALAKI: Apa-apa semua pilihan dekat tangan korang. Ada banyak duit angkat je dua-dua betul tak? hahahah!

Last modified: 16 July 2019