Pelakon² Filem Dewasa Yang Berlakon Filem Hollywood

Sembang

Boleh dikatakan industri perfileman di Hollywood atau lebih sinonim dengan Amerika Syarikat ini sangat besar, bila sebut Hollywood saja scope pekerjaan bintang atau selebriti ini sama ada menjadi penyanyi dengan lagu-lagu yang meninggalkan kesan yang berpanjangan buat para pendengar ataupun sama ada yang menjadi pelakon filem mahupun siri televisyen yang terkenal dan dikenali satu dunia.

Tapi kali ini kita nak tukarkan sedikit buah fikiran dan pendangan kita dengan info-info tentang pelakon-pelakon filem dewasa yang terkenal yang berjaya melebarkan sayap mereka ke persada filem Hollywood. Senang cerita, mereka bukan saja mampu menjadi performer untuk filem-filem blue sahaja, tetapi bakat mereka juga turut dikembangkan ke filem-filem besar di Hollywood. Kebanyakkan mereka ini adalah antara yang boleh dikategorikan sebagai selebriti juga disebabkan populariti mereka yang telah memberikan “persembahan” yang terbaik didalam filem-filem dewasa dan mempunyai sebuah fanbase yang kuat dimana ianya juga mampu membawa nama mereka sebagai salah seorang bintang dalam filem-filem terbesar di Hollywood.

Info-info ini pun kami kongsikan sekadar sebagai pengetahuan untuk korang juga, tiada niat atau ada unsur-unsur yang lain selain daripada itu. Jadi for the fun of it, jom baca!

SIBEL KEKILLI

Mungkin nama Sibel Kekilli tak sebesar nama-nama pelakon filem dewasa yang sedia ada disebabkan zaman aktif beliau adalah pada era tahun 90an. Aktres yang kini berusia 40 tahun ini merupakan warganegara Jerman dan dibesarkan oleh keluarga berketurunan Turki.

Sibel memulakan karier beliau dengan melakukan bermacam jenis pekerjaan daripada waitress, cleaner, bouncer, pengurus kelab malam, saleswoman, sehinggalah kerjayanya sebagai pelakon atau performer filem dewasa dimana Sibel telah merakam lebih daripada berpuluh-puluh filem lucah dibawah watak yang dikenali sebagai “Dilara” pada tahun 2001-2002 sebelum meninggalkan karier tersebut dan mendapat tawaran ke dunia perfileman yang lebih mainstream, filem pertama yang dilakonkan oleh Sibel berjudul “Head-On’.

Langkah Sibel dalam project filem tersebut membuahkan hasil, daripada filem yang dikeluarkan pada tahun 2004 tersebut ianya melonjakkan nama Sibel Kekilli sebagai aktres yang dikenali ramai. Selepas meninggalkan industri filem dewasa, Sibel terus fokuskan kerjayanya sebagai pelakon dengan tawaran dalam beberapa siri televisyen dan filem. Siri televisyen yang membuatkan nama Sibel lebih dikenali adalah menerusi wataknya sebagai Shae, yang merupakan kekasih Tyrion Lannister dalam siri Game of Thrones.

JAMES DEEN

Image via: https://commons.wikimedia.org/

Boleh dikategorikan sebagai aktor filem dewasa yang mempunyai muka jambu atau the-boy-next-door ni merupakan salah seorang pelakon filem dewasa yang juga tidak asing lagi. Memulakan kariernya sebagai salah seorang pelakon filem lucah pada usia seawal 18 tahun pada tahun 2004. James Deen mula menarik perhatian ramai oleh kerana tubuh badannya yang segak dan menarik serta berlainan daripada kebanyakkan pelakon yang mempunyai badan yang lebih sado.

Perkembangan karier James Deen dalam industri perfilem yang lebih mainstream bermula apabila beliau dapat menarik perhatian penulis skrip terkenal Bret Easton Ellis yang pada awalnya memilih James Deen untuk melakonkan watak sebagai Christian Grey untuk filem Fifty Shades of Grey. Antara filem mainstream yang telah dijayakan oleh James Deen adalah filem tahun 2013 berjudul The Canyons dimana beliau memegang watak utama disamping Lindsay Lohan.

ASHLYNN BROOKE

Kecik molek je orangnya tapi Ashlynn Brooke sudah membintangi lebih daripada 100 filem lucah. Tidak hanya berkerja sebagai pelakon, beliau juga telah mengarahkan lebih berpuluh-puluh filem dewasa yang sedia ada. Karier awal Ashlynn Brooke adalah penglibatan beliau dalam photoshoot gambar dewasa untuk sebuah majalah di Oklahoma, Amerika Syarikat sebelum mengikat kontrak bersama studio produksi pornografi terkenal, Digital Sin pada tahun 2007.

Sebelum mengundur diri daripada industri perfileman kandungan dewasa, Ashlynn Brooke pernah menyampaikan sebuah watak dalam filem horror Piranha 3D. Pada tahun 2010, Ashlynn mengumumkan persaraan beliau daripada dunia seni lakonan filem lucah dan mainstream untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anaknya. Ashlynn juga turut memuat-naik sebuah posting di akaun Twitter mengumumkan tentang nama barunya yang ingin dikenali sebagai Ashley.

RON JEREMY

Mungkin ada yang tahu atau kenal siapa Ron Jeremy, dan ada juga yang akan kenal bila dah tengok muka Ron Jeremy ni. Pendukung nama Ronald Jeremy Hyatt ini dibesarkan di Queens, New York. Pada awalnya ingin menceburi dalam bidang lakonan broadway. Ron Jeremy bukan sahaja dikenali menerusi penglibatan beliau dalam lebih 2,000 filem lucah, Ron Jeremy turut dikenali sebagai pelakon, pengarah dan stand-up comedian.

Selain menjayakan filem-filem dewasa, Ron Jeremy turut membahagikan masanya sebagai aktor filem-filem mainstream sejak tahun 80an lagi. Antara filem-filem mainstream lakonan Ron Jeremy seperti The Boondock Saints, Detroit Rock City, Bruce Almighty, Ronin, Crank: High Voltage. Ron Jeremy ni kira legend jugak lah

JENNA JAMESON

Nama yang juga tidak asing lagi dalam industri pornografi di Hollywood dan mungkin juga boleh dikatakan sebagai pelakon filem dewasa yang popular dan besar. Jenna Jameson telah banyak melibatkan bakatnya bukan sahaja dalam scene filem-filem dewasa, namun termasuk juga melibatkan dirinya di dalam filem dan siri televisyen , video games serta komik. Antara filem yang mengunakan khidmat Jenna Jameson juga termasuk filem berjudul Zombie Strippers yang dikeluarkan pada tahun 2008 dimana Jenna Jameson memegang watak utama.

SASHA GREY

Image via: https://commons.wikimedia.org/

Dilahirkan pada 14 Mac tahun 1988, aktres kelahiran North Highliands, California ini memulakan kariernya dalam filem lucah dengan memenangi sebanyak 15 anugerah untuk filem-filem yang dibintanginya dari sekitar 2007 sehingga 2010.

Bakat kecantikan yang dimiliki oleh Sasha Grey ini bukan sahaja untuk filem-filem dewasa, namun termasuk penglibatannya dalam video muzik, dokumentari, iklan, serta majalah. Pada tahun 2009, Sasha mengambil langkah yang berlainan dengan membintangi filem mainstream arahan Steven Soderbergh berjudul The Girlfriend Experience dan seterusnya berkembang dengan filem-filem independent mainstream.  

Pemegang nama asal yang dikenali sebagai Marina Ann Hantzis ini mendapat nama pentasnya sebagai Sasha Grey daripada dua inspirasi yang berbeza, Nama Sasha diinspirasikan daripada seorang pemuzik dan penerbit Jerman; Sascha Konietzko dan Grey adalah daripada sebuah buku tahun 1890 yang ditulis Oscar Wilde berjudul “The Picture of Dorian Gray”.

Jika sebelum ni kami pernah memberikan info tentang para pelakon filem terutama sekali yang boleh dianggap sebagai pelakon filem dan bintang-bintang legend di Hollywood yang memulakan karier mereka dengan membintangi filem-filem dewasa atau pun lucah. Korang boleh usha and check out list yang kami dah sediakan DISINI.

KATALAKI: Tak semua pelakon filem lucah tu tak boleh jadi pelakon yang betul-betul boleh berlakon. Ingatlah, diorang juga manusia kan? 

Last modified: 24 August 2020