Pelakon-Pelakon Yang Fake Badan “Sado”!?

Sembang

Didalam industri perfileman secara keseluruhannya sama ada tempatan ataupun antarabangsa, rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan semasa tentang para pelakon, terutama para pelakon kegemaran mereka akan tentunya terinspirasi bagaimana seseorang pelakon itu benar-benar mewujudkan watak yang dilakonkan dengan begitu realistik sekali.

Bagaimana mereka dapat melakukan berubahan yang drastik pada tubuh badan mereka untuk menjayakan watak dalam sesebuah filem contohnya seperti transformasi yang dilakukan oleh Christian Bale, Tom Hardy dan juga Shaheizy Sam yang mendapat pujian atas komitmen mereka dalam mengubah bentuk secara fizikal untuk watak yang dibawakan. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang para pelakon tersebut, boleh kat Pelakon Yang Kurus Kering Semata² Sebab Berlakon.

Walaupun zaman sekarang ni kita sudah tahu yang kebanyakkan filem-filem yang terlaris adalah filem-filem yang bergenrekan superhero ataupun filem-filem yang berkaitan dengan aksi lasak, dan filem-filem ini memang memerlukan transformasi yang betul-betul menampakkan para pelakon dalam keadaan badan sentiasa fit dan cergas.

Tapi itu kalau benar-benar pelakon-pelakon itu diberikan waktu yang cukup untuk workout dan memastikan badan mereka “siap” untuk menjayakan watak yang disampaikan, but seriously kalau yang tidak ada masa untuk semua tu macam mana pulak? Tak semua pelakon akan larat nak workout berbulan-bulan dan makan 10 pound ayam dalam masa sehari ataupun mengurangkan berat badan mereka hanya demi watak dalam sebuah filem lalu dikritik dengan teruk kan?

Jadi harini kita usha pulak list-list pelakon Hollywood yang terpaks tipu” untuk dapatkan badan yang cantik semata-mata untuk filem yang dimainkan.

ALADDIN – WILL SMITH

Rasanya ramai yang dah tengok dah filem Disney yang dikeluarkan dalam versi remake dan live-action berjudul Aladdin. Filem yang dikeluarkan pada tahun 2019 menampilkan pelawak tersohor Will Smith yang memegang watak sebagai Genie, ianya juga watak yang berat disebabkan ramai yang membuat berbanding antara lakonan Will Smith dan pelakon suara asal yang memegang watak sebagai Genie dalam versi animasi Aladdin, Robbin Williams. Selain daripada perbandingan, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan badan “sado” yang diberikan kepada watak Genie yang dimainkan oleh Will Smith ini, sebab memang tak realistik dan tak sama langsung dengan watak Genie animasi yang diterbitkan pada tahun 1992.

Selain Genie versi Will Smith ini kelihatan sangat besar, dengan tubuh badan yang lengkap dengan bicep dan otot-otot yang “tak masuk akal”. Lagi-lagi yang membuatkan fans bengang adalah tubuh badan yang “sado” tu pun bukan milik sepenuhnya Will Smith tetapi mereka memakai kesan khas body double untuk memberikan effect sado” tersebut.

Tubuh badan aka body double untuk Will Smith tersebut adalah hak milik seorang pelakon aksi atau stuntman bernama Adam Basil, beliau dikenali dengan penglibatannya dalam siri Game Of Thrones, Justice League dan juga hasil body double sebagai watak Beast dalam filem Beauty & The Beast.

FAST & FURIOUS 6 – PAUL WALKER

Image via: https://www.drive2.ru/

Mungkin apa yang kita saksikan dalam filem-filem Hollywood ini boleh dikatakan sebagai 50% betul dan 50% lagi dibantu oleh kesan khas dan cara pengarah filem tersebut merealisasikan apa yang kita lihat.

Salah satu filem yang tak terlepas daripada mengunakan special effect untuk memberikan aktor mereka nampak gah juga termasuklah filem Fast & Furious 6, dan salah seorang pelakon tersebut juga terdiri daripada mendiang Paul Walker. Mungkin pengarah Justin Lin tidak mahu membebankan pelakon utama filem keluaran 2013 ini dengan training fizikal yang lama untuk mendapatkan tubuh badan yang “sado”, maka pihak produksi filem ini telah mengunakan khidmat sebuah syarikat bernama Flex Design Customs untuk menyediakan sebuah muscle suit khas siap didatangkan dengan six packs abs untuk Paul Walker pakai sepanjang rakaman filem Fast & Furious 6 ini.

AVENGERS: ENDGAME – ROBERT DOWNEY JR

Ini lagi sebuah filem yang kami tak perlu ceritakan daripada A sampai ke Z, korang semua mesti dah tahu tentang setiap babak dan bagaimana jalan cerita untuk filem terakhir siri Avengers ini kan?

Antara point-point yang membuatkan watak Iron Man yang dijayakan oleh Robert Downey Jr (RDJ) tampak gah sehingga kematian wataknya itu dalam Avengers adalah disebabkan tubuh badan yang sentiasa kelihatan fit, dan RDJ juga memang dikenali sebagai seorang yang sangat atletik. Namun didalam filem “terakhir” Avengers ini memerlukan watak Tony Stark terdampar di angkasa selama 22 hari tanpa bekalan makanan dan pulang ke bumi dengan keadaan lemah dan diambang kematian.

Disebabkan plot yang ditulis sebegitu, maka daripada memerlukan RDJ untuk mengurangkan berat badan secara drastik semata-mata untuk beberapa babak tersebut, pihak produksi telah mengunakan transformasi secara digital dan mengunakan special effects untuk membuatkan aktor bernilai 75 juta itu kelihatan kurus dan nazak.

X-MEN: THE LAST STAND – VINNIE JONES

Image via: https://news.noteru.com

Aktor terkenal yang juga merupakan bekas pemain bola sepak ini bukanlah seorang yang kurus keding dan tubuh badan pelakon berusia 55 ini memang tegap dan sasa tanpa memerlukan sebagai workout daripada zaman beliau diatas padang bola sepak sehingga lah menjadi salah seorang aktor filem terkenal Hollywood.

Namun untuk salah satu peranannya dalam sebuah filem yang paling dikenali ramai iaitu sebagai watak Juggernaut menerusi filem X-Men: The Last Stand” telah menerima kritikan yang teruk, rata-rata yang mengingati wataknya disebabkan dialog “I’m the Juggernaut, b*tch!“. Selain menerima kritikan tentang watak lakonan beliau yang tidak kena tersebut, tubuh badan aktor ini terpaksa mengunakan heavy-duty latex muscle suit untuk memberikan watak Juggernaut ini nampak gagah dan menarik.

KATALAKI: Sekadar ambik inspirasi boleh la, tapi jangan percaya hidup-hidup apa yang kita lihat dalam filem lah geng

Last modified: 30 August 2020