Tanpa pelakon lagak ngeri yang berani membahayakan nyawa untuk menghasilkan babak-babak ngeri dan cemas sama ada di dalam filem ataupun drama, takkan terhasil lah filem dan drama gempak-gempak yang kita selalu tengok tu. Sekarang ni, terima kasih kepada media sosial, pelakon-pelakon popular antarabangsa dah semakin terbuka untuk menghargai jasa pelakon-pelakon lagak ngeri yang pernah terlibat di sebalik tabir sebuah filem dan drama.
Kali ni, mari kita tengok pelakon-pelakon popular bersama dengan pelakon lagak ngeri masing-masing dan kita boleh kaji gak la muka dan susuk tubuh dorang sama ke tak.
Brie Larson
Di MTV Movie & TV Awards 2019, Brie Larson bawa 2 orang pelakon lagak ngeri yang terlibat dalam pembikinan filem Captain Marvel naik ke atas pentas untuk menerima anugerah Best Fight dan memuat naik gambar di Instagram berserta caption yang menyentuh hati peminat-peminat filem Captain Marvel.
Dwayne “The Rock” Johnson
Pada tahun 2018, The Rock menghadiahkan sebuah pickup truck kepada pelakon lagak ngerinya, Tanoai Reed yang juga merupakan sepupu kepada The Rock selepas 17 tahun berkhidmat sebagai stuntman untuk The Rock.
View this post on Instagram
Ben Affleck
Ni memang nampak lebih kurang sama. Ben Affleck ada post gambar di Instagram bersama pelakon lagak ngerinya yang dah pernah terlibat dalam 5 filem termasuk filem Batman lakonan Ben Affleck.
View this post on Instagram
Movie #5 with this legend – Rich Cetrone. Grateful to work with such incredible people. #stuntdouble
Chris Hemsworth
Bobby Holland dah mula jadi pelakon lagak ngeri untuk Chris Hemsworth sejak dari awal penglibatan Chris Hemsworth dalam pembikinan filem sehingga lah Chris Hemsworth semakin popular dengan watak Thor.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Tom Hardy
Pakai baju lain-lain boleh nampak lagi persamaan antara Tom Hardy dan pelakon lagak ngerinya, Jacob Tomuri. Jacob Tomuri pernah gak terlibat sebagai pelakon di usia muda sebelum fokus kepada bidang pelakon lagak ngeri.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
My brother from another mother – Jake Billy B. And my bestie Woody forever. Happy Birthday Jakie.
KATALAKI: Untung gak kalau ada muka iras pelakon ternama ni. Cuma hati kena kering la untuk berlakon babak-babak yang membahayakan diri.